Saat makanan sudah dihabiskan dan ingin bangun untuk pulang, kami disapa oleh pasangan muda yang meminta izin untuk duduk bersama. Wanita comel ini asyik tersenyum kepadaku. Ketika aku bangun hendak bergerak, dia juga bangun menghulurkan tangan. Dengan berbisik dia berkata, 'saya suka baca blog akak'. Terkesima makcik tau... Bagaimanapun, terima kasih buat Noor yang manis kerana sudi menyapa makcik. Tak sangka, ada juga yang berminat dengan tulisan makcik yang penuh resah gelisah ini. Iyalah, tulisan seorang pesara yang kini banyak masa dihabiskan di rumah sahaja. Walau ada yang mencuit rasa, bukan semuanya sesuai dikongsi di dunia maya... |
|
salam alaik. waahhh, dalam diam ada peminat. hehe
BalasPadamhehehehe
BalasPadamuntung peminat tegur
btw nasi kenduri tu nampak sodap
bulan ni banyak jugak dapat undangan ke majlis perkahwinan tapi tak pasti lagi dapat penuhi ke tak... huhuhu
BalasPadamAlhamdulillah...secara tidak langsung bertambah rakan kan Kakcik..syukur..
BalasPadamseronok bila ada org yg kenal menerusi blog kita kan..harap kenal yg baik2 je dan seronok kalau blog kita memberi manafaat utk pembaca..tahniah kakciknurseroja
BalasPadamdana pun selalu ternanti2 kot2 blh terjumpa ngn geng2 blogger yg ddk area kl selangor nih....
BalasPadamfamous kakcik ni... semua orang kenal
BalasPadamNampak tak KC..... mmg ala ala retis tau KC ni hihi... Bila agaknya kita akan terserempak pulak ye KC hihi
BalasPadam