Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 Februari 2018

Sakitnya bila ditipu...

...bila namanya TIPU, pastilah ia bukan sesuatu yang baik untuk dihadam.

Tak tahu apa yang ada di hati dan fikiran sipenipu.  Menipu untuk apa?  Untuk kepuasan diri atau untuk melarikan diri dari sesuatu masalah?

Sejauh mana kau boleh lari?.  Tenangkah tidurmu bersulam mimpi?

Sekali kau menipu, kau akan terus menipu lagi dan lagi.

Bila anak menipu ibu, tahukah betapa koyaknya hati siibu?  Mungkin ibu berpura-pura tidak tahu.  Walhal dia sebenarnya lebih dari tahu.  Anugerah Ilahi buat seorang ibu, dia ada naluri yang kuat.  Apa yang dia rasa, selalunya memberikan gambaran tepat.  Di sebalik itu, hati seorang ibu kadangkala terlalu lembut.  Merelakan diri ditipu berkali-kali oleh zuriat sendiri atas alasan yang sukar dimengerti...

Seorang isteri, akan tahu juga helah suami bila dikhianati.  Sekali lagi, entah atas alasan apa, dibiarkan suami melakar cerita basi berulangkali.  Nasihat orang ditolak tepi.  Sampai nyawa terancam pun tidak dipeduli.


Seorang kawan, tetap akhirnya akan tahu bila diri ditipu.  Tapi demi persahabatan, penipuan dibiar-biarkan dengan harapan penipu akan sedar dan insaf.  Akhirnya terputus tali persahabatan bila keadaan tidak dapat diselamatkan.


Biar apa pun, kesimpulannya hanya satu :  PENIPUAN ITU SANGAT-SANGAT MENYAKITKAN.  Berilah apa pun alasan, lukanya tetap meninggalkan parut dan kesan.

13 ulasan:

  1. Mudah2an Allah sentiasa lindungi kita daripada si penipu ni.

    BalasPadam
  2. itulah yang saya rasa sekarang kak... hairan tengok si penipu ni, langsung takde rasa bersalah bila menipu. Sedih sangat, terluka apatah lagi... sukar nak memaafkan bila dah ditipu ni... susah kak... rasa percaya tu dah hilang!

    BalasPadam
  3. semoga si penipu itu mendapat balasannya...

    BalasPadam
  4. biarlah jujur tu menyakitkan tapi lebih baik dari kena tipu

    BalasPadam
  5. betul tu kak.kejujuran memang pahit namun ada kemanisan dan kepuasan di akhirnya. menipu takkan selamat selamanya

    BalasPadam
  6. Betul mak...SA pun sama..allah..x tau la nak cakap macam mana rasa sakit sangat hati..benda paling SA nak elakkan adalah ditipu..tp itu yang SA hadap dah 12 tahun dah...sakitnya tuh allah je yang tahu

    BalasPadam
  7. bila dah tahu kita ditipu, utk membina semula kepercayaan pd si penipu adalah sangat susah

    BalasPadam
  8. Dah namanya benda salah tetap ada kesannya kan KC, bukan pada org yg ditipu , org yg menipu tu pun sure rasa bersalah.

    BalasPadam
  9. Deritanya pilu ditipu. Sakit. Sipenipu insaflah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com