Kawan-kawan kakcik

Isnin, 26 Februari 2018

Bukan tidak mahu bercerita...

...namun bimbang cerita akan jadi nista
menambah timbunan dosa atas dosa
lalu niat yang pada mulanya tiada apa-apa
menjadi sumpahan ke hujung nyawa...

Sedangkan berbicara bertentang muka pun boleh disalah tafsir maksud kata-kata, apatah lagi bila hanya sekadar membaca.  Lain yang ingin disampaikan, lain pula pemahaman orang.

Buat seketika, diam itu lebih baik.  Tanggung sendiri selagi mampu.  Biarlah hanya Allah Yang Maha Tahu.

Semakin ramai pembaca, semakin perlu diatur kata-kata.  Bukan hanya mereka yang entah siapa-siapa, tapi mungkin juga ada sahabat handai dan saudara-mara yang sentiasa membuka mata.  Tersilap sedikit, kisah sejengkal jadi berhasta-hasta.  Kita yang membuka kunci cerita, dan mereka masuk sambil bergelak ketawa atau cuba meneka-neka, lalu makin terbuka luas peluang menambah dosa...

Nyawa kita semakin pendek, entah esok entah lusa dipanggil ke sana, dan tiada lagi nilainya harta dunia.

#sekadarluahanyangtertahantahan

8 ulasan:

  1. Harap cerita yang baik2
    Boleh jadi iktibat dan membawa manfaat
    Cerita yang kurang sesuai
    kita jadikan peringatan dan sempadan.

    BalasPadam
  2. muhasabah diri dan cari teman positif . insyaallah

    BalasPadam
  3. macam saya dah lama diam... tapi makin menyakitkan bila satu per satu yang menyakitkan terbongkar. Allahu... Tak tau nak kata camne. Kadang hati ni cukup kuat, mampu muhasabah diri. KAdang hati ni lemah jua... Mahalnya tiket nak ke syurga ni kan?!

    BalasPadam
  4. Betul kak..kadang kita sampaikan A..ke G jadinya...Allahu.Tersasar jauh pula pemahamannya..

    BalasPadam
  5. cerita yang perlu, dan bagi saya asalkan tak menyakiti orang lain... just for it :D

    BalasPadam
  6. Betul tu KC, sementara hidup ni buatlah benda yg baik baik, mati esok tinggal semua. Tak berguna satu pun harta dunia huhu....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com