![]() |
...jangan leka telefon itu dibelek-belek takut nanti bila tercekik telefon itu pun tak boleh nak tolong Adik! |
Rujuk gambar :
Di sebalik kelekaannya membelek telefon itu, dia tidak kisah pun makan hanya nasi goreng tanpa lauk dan minum teh O suam semata-mata. Syukurlah dia mengerti dan menghargai sekadar apa yang ada. Ibubapanya bukan orang berada yang mampu untuk menyediakan kehendaknya sepanjang masa.
Di sekeliling kita, berbanding kita yang HANYA MAMPU menjamah nasi goreng tanpa lauk, sebenarnya ramai juga yang TIDAK MAMPU mendapatkan minuman berperisa walau seteguk. Jangan pula bandingkan diri kita dengan mereka yang terlebih-lebih rezekinya. Mampu makan di restoran atau hotel mewah saban ketika. Itu rezeki mereka yang sebenarnya merupakan UJIAN juga. Pedulikah mereka dengan jiran setaman yang sedang kelaparan?
Dalam kehidupan ini, SUSAH itu ujian, SENANG juga ujian... Sebagai insan, sudah diberi BERLEBIHAN pun sering kita mengeluh tentang KETIDAKCUKUPAN...
Betul...
BalasPadamBila balik kampung..kumpul ramai2 mak abah pesan..bagilah telepon tu rehat..nanti sambung lagi..makan dulu..mandi dulu..sembang dulu..hehehe..PC bila balik kampung memang abaikan gadgets kak..kecuali ada panggilan..atau urusan yang tak boleh elak...
Biasa la bdk2..HP mmg tak blh tinggai kakcik
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamRezeki kita Allah dah tentukan.
nasi goreng kosong sedap kak, macam mak2 kita buat masa dulu2 :D
BalasPadamorang putih cakap... "less is more"
BalasPadamitula anak-anak zaman sekarang ni ek
BalasPadamAnak lelaki selaunya tak berapa kisah lah KC kalau bab makanan ni, lagi lagi ada hp kat tangan tu. Apa ada depan mata bedal je janji kenyang hihi...
BalasPadamSyukurlah dapat anak yg sentiasa menghargai rezeki yg ada drpan mata kan KC . Rezeki tu namanya..