Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Februari 2018

(Fattzura) - Suka tengok mereka...

...makcik bukan peminat mereka
setelah mereka bernikah makcik rasa suka
semoga mereka terus berbahagia
perlahan-lahan mencari redho untuk bekal ke sana

mereka menikah bukan kerana 'ada cerita'
sebaliknya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa
setelah diterbitkan rasa suka dan cinta
serta mendapat restu dari kedua keluarga

pelik juga sikap manusia
kalau tak suka kenapa 'diintai' hidup mereka
kemudian dicaci serta dikata nista
seolah-olah kita terlalu sempurna

kisah lalu jadikan pengajaran
agar kesilapan tidak berulang-ulangan
rencanakan dengan baik untuk masa hadapan
semoga hidup dalam kerahmatan

Salahkah bergambar begini setelah
menjadi suami isteri?  Bukannya
keterlaluan atau tanpa pakaian pun.
Elleh... yang berlakon berpeluk sampai
atas katil tu, suka pula kalian tengok!


7 ulasan:

  1. saya pun suka jg diorggggggggggg tp lps diorg kawen laa hehehe

    BalasPadam
  2. Orang kita banyak yang busuk hati kakcik, ada masalah mental, sibuk dengan hal orang lain. Semua pun tak boleh, konon diri la yang sempurna...Kita semua tak sempurna dan kita semua pendosa, jaga diri kita dan keluarga sudahlah..Saya bukan peminat fanatik diaorang tapi saya suka diaorang berkahwin dan rasa bahagia. Kalau boleh nak doa biarlah romantik dan bahagia hingga ke akhir hayat..Doa dan cakap baik2 pun tak boleh ke kan kakcik?

    BalasPadam
  3. Kita pun syok tengok couple ni lepas kawin... Nampak sweet sangat. Kat mana yg terovernya.

    BalasPadam
  4. Love them both, dua dua bijak tak suka gosip2...

    BalasPadam
  5. Moga bahagia hingga ke Jannah.. Mesra suami isteri yg halal apa salahnya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com