...manusia entah siapa-siapa diangkat-angkat
biarpun menjurus ke arah maksiat
namun dipuja dipuji sedemikian hebat
pihak berkuasa konon tidak mahu bersubahat
tapi tiada tindakan berkesan dapat dilihat
aku juga hanya tahu berkata-kata
dan membantah dalam diam di hati cuma
selemah-lemah imanku sebagai manusia
tidak tahu bagaimana hendak kucurah rasa
bimbang hatiku hanya Allah Yang Maha Tahu
kerana aku juga punya anak-anak dan cucu-cucu
bila semua nampak biasa dari segenap bucu
mungkin mereka juga akan terikut salah laku
benar... didikan awal dari rumah mainkan peranan
tapi di luar hebat juga pengaruh dan godaan
imam dan lebai lagikan boleh tersalah jalan
apa lagi mereka yang kabur pandangan
Allah Ya Allah
demi ZatMu yang aku sembah
jadikan aku hamba yang tabah
untuk tidak terus mengalah
anak-anak yang berlagak seolah Tuan
jangan sampai merasakan merekalah Tuhan
Kau sekatlah hati mereka dari kemungkaran
bersama doa yang sering aku titipkan...
#takfahamtakapa
#jantina
#takfahamtakapa
#jantina
semoga hati2 kita dan anak2 dilindungi daripada setiap perkara yg bathil...
BalasPadamanak2 yg bermasalah lahir dari keluarga yg bermasalah jugak
BalasPadamamin inshaallah
BalasPadamMoga anak-anak dan kita semua dijauhi dari perkara yang negatif.. Aamiin.
BalasPadamSemoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita
BalasPadamsemoga Allah lindungi kita ...amin..
BalasPadamsalam perkenalan sis
semoga segalanya dilindungi
BalasPadamhari tu tertgk kt tv, ada pakar motivasi ckp, kalau ibu bapa x solat, jgn harap anak2 akn menjadi insan berakhlak mulia
BalasPadam