Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Januari 2018

Berjanji dengan bekas menteri...

Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman yang makcik lalui sendiri pada 29/01/2018...


berjanji dengan bekas menteri
kesabaran memang kena tinggi
jam empat waktu diberi
jam tujuh dia tak muncul lagi

dia kata hendak jumpa di sini
persiapan pun dibuat dengan rapi
tiba-tiba dia kata dia ada temujanji
dengan orang yang berjawatan lebih tinggi

bolehlah jumpa seketika
di persimpangan jalan yang terbuka
sebab dia pun tergesa-gesa
sempatlah bergambar walau lima minit cuma

yang hendak 'menderma' itu adalah dia
maklumlah pilihanraya akan tiba
tapi dibuatnya pembekal bagai tidak berharga
ditolak ditarik ikut suka hati dia

depan rakyat senyum bukan main
'pilihlah saya jangan pilih yang lain'
'saya berkhidmat bagaikan lilin'
'badan terbakar demi menerangkan yang lain'

susunan ayat memang sedap
sebab tak ikhlas kadangkala jadi gagap
rakyat sekarang bukan lagi bodoh dan lembab
buktikan kau boleh buat seperti yang kau cakap!



gambar hiasan
Renungan seorang YB (Yang Bersara)

13 ulasan:

  1. itu bekas menteri kalau menteri skrg pun sama je kakcik oi.... skrg ni nk pilihanraya mmg kita di janji intan berlian, mintak apa semua boleh... tp lps pilihanraya nk pandang kita pun tak mahu

    BalasPadam
  2. Kebaikkan ada pada setiap orang..begitu juga kekurangan ada pada semua orang..cuma yang menyedihkan sikap itu menyingkap sisi tidak baik walhal sewajarnya tunjukkan apa yang boleh dicontohi(hal yang baik)

    BalasPadam
  3. Mujur dah pencen. Kalau tidak jenuh kena kerah meramaikan aneka majlis lebih2 lagi macam masa sekarang ni. Lega benar kakcik.

    BalasPadam
  4. Manusia pura2. janji waktu terdesak.. lepas tu lupa ye kak.

    BalasPadam
  5. Hihi...janji YB tak kiralah YB apa pun....

    BalasPadam
  6. KC sapa yg jadi mangsa ambik gambar ni? Mesti abg Sado hihi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambil sendiri...sekarang dah pandai tak payah tengok kamera...hihihi

      Padam
  7. Kesian kat kita, rakyat marhaen sahaja...

    BalasPadam
  8. kalau kakcik jadi YB, tentu dah tak dapat jumpa lagi di pasaraya :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com