Siapa sebenarnya Pok Ya Cong Codei ini? Boleh baca sinopsisnya seperti yang tercatat di laman ASTRO AWANI ini
Semuanya kerana satu watak yang dibawakan oleh Sabri, Pok Ya Cong Codei, seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki.
Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan 'Cong Codei' pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.
Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar 'gedebe' yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.
Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya. Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.
Dalam drama yang disiarkan di Astro CITRA itu pun, watak Pok Ya Cong Codei bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya Cong Codei menyelesaikan masalah Datuk Sahak dengan caranya dan membantu Rashdan (lakonan Fikry Ibrahim) menyelesaikan masalah mendapatkan wang untuk merawat ibunya serta mendamaikan Halim Kampung Pasir (Saidi Sabri) dan Nasir Badak atau Nasir Chow Kit (Ku Hanafi Ku Harun).
Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gangster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya. Pok Ya Cong Codei sanggup meminta maaf bila dia sedar bersikap kurang ajar ketika cuba meminta bantuan seorang lelaki berkaki palsu.
Pok Ya Cong Codei juga mempunyai sikap mulia, memberikan wang berjumlah RM40,000 yang sepatutnya menjadi upah untuk dia kepada Rashdan supaya mengubati ibunya yang berdepan masalah jantung.
Dalam drama itu, Sabri juga memberitahu penonton, sehebat mana pun seseorang, dia tetap memerlukan orang lain untuk membantu dalam banyak perkara, contohnya Pok Ya perlu menunggu Halim dan Sero tiba untuk memesan makanan kerana dia tidak tahu menggunakan khidmat pesanan dari bilik hotel.
Menerusi sisi naif Pok Ya inilah penonton akan ketawa biarpun tidak memahami dialog dalam loghat Kelantan.
Pok Ya juga digambarkan sebagai satu sosok yang mempunyai prinsip dan sangat komited dengan tugas yang telah dipersetujui.
Drama Pok Ya Cong Codei juga membuktikan watak utama tidak semestinya perlu diserahkan kepada pelakon muda dan kacak semata-mata. Malah dua pelakon yang mempunyai wajah 'boleh jual', Uqasha Senrose yang memegang watak Aina dan Fikri Ibrahim tenggelam dek penangan Pok Ya Cong Codei.
Biarpun ditenggelamkan oleh Pok Ya Cong Codei, Uqasha dan Fikri memberikan lakonan yang hebat, begitu juga Mustapha Kamal dan pelakon-pelakon lain termasuk Zee Khan Hussein yang memegang watak Siti, isteri yang baru sebulan dinikahi Pok Ya.
femes pok ya cong codei kalah fatah amin hehe
BalasPadamHahaha... Sabri memang pelakon yang hebat walaupun tidak kacak... :)
Padammula2 tgk apa lah cong codei baru tau pok ya sebut hotel Concorde sebagai Cong Codei tu yg dia dpt nama gelaran gitu hehehhe....
BalasPadamdana suke lyn cite loghat2 gini kakcik, seronok dgr mereka berckp tuh hehhe
mmg rugi sapa tak layan cite nih...
Kakcik pun suka . Bukan susah sangat nak faham (bagi kakcik) loghat Kelantan. Tapi bila cakap Siam tu, kakcik surrender.. :)
Padamtak tengok lagi cerita ni...tengok iklan macam best...
BalasPadamKakcik download dari Astro On Demand...boleh tengok sampai tahun 2023! :)
Padamtak pernah tengok cerita ni, drama bersiri ke atau telefilem kakcik
BalasPadamTelefilem. Tapi siaran Astro berulang-ulang...seminggu berkali-kali disiarkan...
Padamdia pelakon berkarisma. dulu masa zaman pi mai pi mai tang tu nampak macam biasa aje kan?
BalasPadamHa a perasan jugak cerita ni, tapi mcm tak minat sangat nak tengok. Saya ni biasalah KC kalau tengok cerita nak gak tengok dulu pelakonnya hihi...Tajuk pun kadang tu mainkan peranan jugak...
BalasPadamLakonan Sabri Yunus memang berkesan, walaupun ada masanya kelakar tapi mempunyai banyak makna yang tersirat dan mesej yang mendalam..
BalasPadamsaya cadangkan agar untuk episode pok ya akan datang jemput la pelakon kamarol aka rock ooo aka gagak hitam dalam cerita ini.gandingan mereka berdua saya rasa dapat memberi impak yg kuat dan bagus..mungkin boleh difilemkan nanti.apa pun cerita ni mmg best...
BalasPadam