Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Februari 2018

Makanan...

...sedap di tekak kita, belum tentu sedap di tekak orang lain.  Begitu juga sebaliknya.  Jadi janganlah bertekak tentang makanan, kecuali memang semua orang sependapat bahawa makanan itu 'kurang rasa'.  Garam bagai tiada, gula entah ke mana, cili tidak jumpa dan semuanya serba tak kena.  Maka, tak perlulah kita terus membisu.  Bersepakatlah membuat bantahan agar kekurangan dapat diperbaiki... #takpahamtakapa

Cucur udang nama diberi
Di Alor Gajah tempat bertapak
Sedap atau tidak rasalah sendiri
Ada yang suka ada yang tidak

Nasi lemak di Medan Selera
Hospital Kuala Lumpur hanya di sebelah
Diam-diam sudah naik harga
Masaklah sendiri kalau hendak murah

Kek karamel anak yang buat
Atas permintaan emak yang teringin
Memang sedap dan cukup syarat
Tak boleh makan banyak nanti 'masuk angin'

Kuih ini adik yang buat
Tak cukup satu makan berulang
Jangan pula suruh makcik buat
Sebab makcik hanya tahu menayang...

11 ulasan:

  1. kakcik, tahun baru harga pun baru selalunya.... jarang harga sama je dr dulu sampai skrg... kalau ada pun tak banyak kan...

    untung kakcik anak2 ada yg pandai di dpr, emaknya oder je dh siap....

    BalasPadam
  2. semua sedap bg saya... lain org lain rasa masakannya walaupun menunya sama...
    puding keramel nmpk menarik..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Nak tempah yang mana satu? Boleh dibincangkan... :)

      Padam
  4. Semua lazat ni kakcik...nasi lemak dan kek karamel tu kan..aduh..ngences PC..

    BalasPadam
  5. ..sedap di tekak kita, belum tentu sedap di tekak orang lain. Begitu juga sebaliknya ...<--- yang ni mmg betul..tekak lain2 so org lain x leh komplen klu kita ckp sedap sbb tu yg kita rasa pada lidah kita..hehehe

    BalasPadam
  6. #takfahamtakapa
    Kalau faham sangatlah bijak
    Bila nanti masa nya tiba
    Buat pilihan tak perlu bertekak

    BalasPadam
  7. Nasib la kan. Sini pun biskut harga serupa tapi quantity kurang

    BalasPadam
  8. pergghhhh
    rindunya cucur udang alor gajah
    zaman study dulu selalu makan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com