Iya, aku sudah lama tidak punya apa- apa AZAM.
Azam untuk kurus?
Kurus untuk apa?
Kalau untuk sihat, tak mengapalah.
Tapi kalau kurus untuk kelihatan cantik di mata manusia,
ia mungkin menjadi sesuatu yang sia-sia.
Dulu masa badan berisi, hanya berjubah dan berabaya...
tapi bila sudah kurus, sibuk hendak berkain ketat dan berkebaya.
Mungkin dipuji dan dipuja manusia
tapi di 'mata' Ilahi, entah di mana nilainya...
Eh...
sudah terpesong jauh kata-kata
Aku cuma ada sedikit harapan dan impian
tahun lalu, hatiku sering menjadi debu
berterbangan mencari arah yang tak pernah ditemu
tahun ini, aku harap hati ini menjadi batu
keras walau ditusuk bertalu-talu
Allah,
aku mohon padaMu
semoga ketenangan dan kebahagian berpanjangan buatku
juga keluargaku
jadikan hati-hati kami sentiasa bersatu
walau apa sahaja yang datang mengganggu.
Saya doakan yang baik2 untuk keluarga bahagia kakcik di tahun 2018 ini dan tahun2 yang akan datang.
BalasPadamJadikan hati seperti air KC.
BalasPadamWalau pun lembut tapi dapat melekukkan batu.
Dapat menyuci debu2
kena berazam takmo dah azam hangat2 taik ayam
BalasPadamazam saya tahun lepas bawa ke tahun baru kak... hahaa
BalasPadamtambahan azam saya tahun ni nak jadi mama yg tidak garang.. boleh gitu
saya paling tak suka berazam kak. heeeee
BalasPadamteruk kan..
Saya tak pernah berazam KC ... kalau ada pun cuma omongon kosong huhu... Tak pernahnya tercapai. Nak diet pun tak ter buat dah. Malas mak pikir, apa yg ada sudahlh hihi...
BalasPadam