Kawan-kawan kakcik

Rabu, 3 Januari 2018

Azam? Yang ada cuma harapan...

Iya, aku sudah lama tidak punya apa- apa AZAM.

Azam untuk kurus?
Kurus untuk apa?

Kalau untuk sihat, tak mengapalah.
Tapi kalau kurus untuk kelihatan cantik di mata manusia,
ia mungkin menjadi sesuatu yang sia-sia.

Dulu masa badan berisi, hanya berjubah dan berabaya...
tapi bila sudah kurus, sibuk hendak berkain ketat dan berkebaya.

Mungkin dipuji dan dipuja manusia
tapi di 'mata' Ilahi, entah di mana nilainya...

Eh...

sudah terpesong jauh kata-kata

Aku cuma ada sedikit harapan dan impian

tahun lalu, hatiku sering menjadi debu
berterbangan mencari arah yang tak pernah ditemu

tahun ini, aku harap hati ini menjadi batu
keras walau ditusuk bertalu-talu

Allah,
aku mohon padaMu
semoga ketenangan dan kebahagian berpanjangan buatku
juga keluargaku
jadikan hati-hati kami sentiasa bersatu
walau apa sahaja yang datang mengganggu.

7 ulasan:

  1. Saya doakan yang baik2 untuk keluarga bahagia kakcik di tahun 2018 ini dan tahun2 yang akan datang.

    BalasPadam
  2. Jadikan hati seperti air KC.
    Walau pun lembut tapi dapat melekukkan batu.
    Dapat menyuci debu2

    BalasPadam
  3. saya punya azam setiap tahun banyak azam nya..nak kurus memang ada dalam list..tapi tahun ni kurus tahun ni jugak gemuk balik..hahahah..

    Azam untuk hati jadi batu tu pun saya pernah buat..memang sampai sekarang saya disiplin bab tu.. saya buang siapa2 je yang tak suka saya dan yang saya tak suka..

    Alhamdulillah cara tu buat diaorang sedar dan terhegeh2 kat kita. kena jadi jahat untuk ajar orang jahat.

    BalasPadam
  4. kena berazam takmo dah azam hangat2 taik ayam

    BalasPadam
  5. azam saya tahun lepas bawa ke tahun baru kak... hahaa
    tambahan azam saya tahun ni nak jadi mama yg tidak garang.. boleh gitu

    BalasPadam
  6. saya paling tak suka berazam kak. heeeee
    teruk kan..

    BalasPadam
  7. Saya tak pernah berazam KC ... kalau ada pun cuma omongon kosong huhu... Tak pernahnya tercapai. Nak diet pun tak ter buat dah. Malas mak pikir, apa yg ada sudahlh hihi...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com