Kawan-kawan kakcik

Selasa, 12 Disember 2017

Restoran Beriani Asif...

Sudah lama rasanya tidak membawa anak-anak makan di Restoran Beriani Asif, Bukit Bintang.  Pakcik kata hendak bawa anak-anak makan di sini bila ada rezeki.

Jadi, pada malam minggu (Ahad = 10/12/2017), kami bawa mereka ke restoran ini.  Pilihlah apa yang mereka hendak makan...

Asalnya dulu hanya satu pintu, sekarang sudah dua pintu.
Ruang dalamnya kemas, bersih dan selesa.

Masing-masing tak lepas dengan telefon tangan.


Mango Lassi = RM18.00


Beriani kosong.  Semangkuk untuk 2 orang = RM10.00
Lamb Masala di sebelahnya itu RM15.00

Chana Masala = RM6.00

Lamb Shank = RM24.00

Double Cheese Naan = RM9.00 sekeping dipotong lapan

Lamb Grilled = RM20.00


Berdiri di belakang itu adalah En. Asif, pemilik restoran
yang sentiasa ramah melayani para pelanggannya.  Beliau juga
adalah chef utama di restoran ini.

Jika anda ingin menikmati makanan asli Pakistan yang enak dengan harga yang berpatutan, singgahlah di :

Restoran Beriani Asif
No. 9, Jalan Padang Walter Grenier
off Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur.
Telefon :  012-2498764 / 03-21103220

35 ulasan:

  1. rindunya nk mkn sini...lps tgk gmbr mango lassi kakchik...smlm ajak hubby nk pi mkn sbb dh alang2 collect adiah area klcc...pastu jln jammed plak...hubby ckp lain kali je la... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan jem satu hal, nak dapat tempat letak kereta pun satu hal...sudahnya menyelit je mana boleh. Jangan kena saman sudah... :)

      Padam
  2. Manggo Lassi dengan Cheese naan tu..aduh...sedapnya...sesekali makan bersama keluarga...berkumpul...nikmatnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...nikmat Ilahi yang tidak boleh didustakan...

      Padam
  3. Tak tahan tengok manggo lasi tu.. 🤤🤤

    BalasPadam
  4. Moga kakcik sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  5. Memang sedap. Tapi ada satu lagi beriani Pakistan kat PJ. Tak ingat nama dia. Sedap dan harga pun boleh tahan..

    BalasPadam
  6. ok, dah masuk dalam wish jalan jalan cari makan kami...dah tunjuk kat kawan2 gambar pic makanan mak ni...tq info mak!

    BalasPadam
  7. err, lagi satu dia bukak dari pukul berapa sampai pukul berapa ni mak? kalau waktu lunch hour dia bukak tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu makan tengahrai memang buka. Selalunya waktu itulah ramai orang. Boleh telefon nombor yang mak letak kat atas tu... :)

      Padam
  8. tgk kt menu2nya pun dh terliur kakcik oi... harga pun sgt berbaloi2 n berpatutan sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Dana... memang puas makan. Kalau seorang, rasanya sepinggan nasi pun tak larat nak habiskan (sepinggan nasi kosong RM5.00)

      Padam
  9. nampak macam makan di rumah, suasana selesa...

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Yang ini makanan Pakistan...agak berbeza dengan makanan Arab... :)

      Padam
  11. Balasan
    1. Ya betul...tempat yang kami bawa Dol pergi makan tu... :)

      Padam
  12. Double Cheese Naan tu buat saya geram tengoknya.. hehehe..

    BalasPadam
  13. Nan Cheese dan manggo lassi tu aduiiii..memikat selera sungguh...

    BalasPadam
  14. Menu yang pelbagai macam, fuhh sedapnya sangat mengancam.. tak rugi kalau makan sini satu malam

    BalasPadam
  15. mangga tu pekat giler. semua pun nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak kakcik siap tambah air bila nak minum sebab memang pekat...

      Padam
  16. Tak menahan tengok cheese nan tu, Kakcik. Tetiba teringat RSMY pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut tekak kakcik, naan di sini lagi sedap dari RSMY...

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com