Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 8 Disember 2017

Kebebasan bersuara...

Iya, bebas bila kita sesama kita
jangan sampai terdengar oleh mereka
nanti macam-macam yang mereka kata
seolah-olah kita ini langsung tidak berguna

Jangan merungut tentang barang yang naik harga
jangan mengeluh jika duit tak cukup sentiasa
salahnya tetap pada kita
yang suka berbelanja walau sedar kemampuan tiada

Mereka mungkin tidak pernah rasa
tentang peritnya hendak membeli sekilo gula
hendak mengisi minyak berkira-kira
bagi mereka salahnya kita boros berbelanja

Pusinglah ikut mana
balik-balik ke situ juga
menjeritlah macam mana
yang salah kita juga....

5 ulasan:

  1. semuanya akan berbalik pd kita jgk kan kakcik.... cuma skrg ni nk pilihanraya mcm2 jnji keluar tp tak tau lah tertunai atau tidak

    BalasPadam
  2. sebab mereka2 itu makan tanggung berak cangkung...
    salahnya kita juga yang buat pilihan nak bela biawak...
    kan dah merana.... menjerit pun tak guna... hahaha...

    BalasPadam
  3. tu lah pelik betul skrg ni...bila kita suarakan isi hati kita, kita pulak yang kena balik...dorang ni tak tahu agaknya kot makin ramai yang dah jadi miskin bandar sekarang ni...grrrrr...

    BalasPadam
  4. Nak bercakap pun dah malas dah rasanya.. yang akhirnya kita juga yang kena sudahnya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com