(Dari catatan facebook hari ini 7/12/017)
Hari ini hari ketiga sibongsu ini bekerja di sebuah hotel di Bangsar.
Sepanjang cuti sekolah ini, dia tak duduk diam. Kerja di hotel ini adalah kerjanya yang ke 3. Sebelum ini pernah kerja mengecat bangunan dengan upah RM50 sehari. Dapatlah dia RM300. Sebahagian dari duit itu dia gunakan untuk beli kasut dan stokin futsal.
Kemudian dia kerja di gerai mangga susu dengan upah RM25 sehari. Hanya 4 hari bekerja di situ kerana tuan gerai kata nak cari pekerja tetap (alasan la agaknya). Duit upah itu dia beli topi keledar.
Di hotel ini tak tahu berapa lama dia akan bekerja. Tak tahu juga upah itu nanti dia hendak beli apa pula. Semalam balik, minta maknya urutkan kaki. Sakit tapak kaki kerana berdiri lama katanya.
Cuma satu, dia tak tahu risau hati mak dia. Sudah dipesan, sampai tempat kerja, bagitahu mak. Tapi, dia senyapppp saja. WhatsApp pun tak balas 😣.
Apa-apa pun mak tetap doakan segala yang terbaik buat Adik. Begitu juga dengan abang-abang Adik. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan anak-anak mak dan lindungi serta dijauhkanNya dari segala bencana.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Teringat cerita Sepet Yasmin Ahmad dulu ....
BalasPadamYelah kan KC, kita ni sebagai ibu mmg sentiasa mendoakan yg terbaik utk anak anak, cuma kadang kadang anak anak ni buat suka hati dia je hihih....Sama je KC.
Kalau PC sendiri atau dengan en suami ke mana-mana..babah mma tahu pesannya macam kakcik juga....dah sampai bagitahu...maksudnya maklumkan la walau dalam perjalanan..hati orang tuakan...risau..
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamBiar dia belajar berdikari.
Tau susah senagn cari duit.
naluri ibu, begitu lah.
BalasPadamsaya datang bw dan follow :) salam perkenalan
bagus dia pandai cari duit poket...
BalasPadamkeje hotel mana tu mak?
Good! pandai cari duit sendiri.. yg penting halal.
BalasPadammoga dia berjaya dunia akhirat.