Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 3 November 2017

Ingatlah anak-anak semua...

...yang ditatang dijaga oleh ibubapa
diturut kehendak walaupun kurang upaya
agar langkah kamu menuju jaya

bila hidup kamu sudah selesa
masihkah kamu ingat jasa ibubapa
saat mereka menahan lapar dahaga
demi keperluan kamu yang lebih utama

kadangkala suapan mereka ke mulut tidak tertelan
teringat kepada anak-anak yang mungkin belum makan
tapi tiba saat kamu sudah cukup berkemampuan
riang-ria kamu keluar dan mereka kamu tinggalkan

ibubapa tidak meminta apa-apa
yang ada pun kepada kamu rela diberi semua
tapi sikap kamu jauh berbeza
ada, kamu punya semua
tiada, kamu meminta dari mereka

jangan nanti tiba masa dan ketika 
barulah kamu tersedar dan berkata
'inilah dahulu yang ibubapaku rasa,
kini anak-anakku pula berbuat sama'

#siapakatasejarahtidakberulang
#apayangkamuberiakankamudapatkembali

10 ulasan:

  1. Alhamdulillah ingatan yang bagus untuk orang muda.....

    BalasPadam
  2. Sungguh benar kata-kata, Kakcik ni. Dunia nikan ibarat roda. Maka, berhati-hatilah dalam melayari kehidupan. Selagi ada ibubapa, kita kena hormat dan sayang. Bila sendiri dah merasai, taulah bagaimana kasih dan sayangnya ibubapa terhadap kita.

    BalasPadam
  3. Allahu akak.. sedih baca kak... teringat kat mak..terbayang muka anak sedang membesar..pengorbanan mak ayah memang tak terbalas.

    BalasPadam
  4. Inilah salah satu hal yang Allah SWT beri tunai semasa di dunia lagi...terima kasih kak...peringatan yang sangat perlu.

    BalasPadam
  5. Terima kasih mengingatkan KC...
    Gitulah roda kehidupan, berputar dan terus berputar sampai ke akhirnya. Suatu hari kita akan merasa tua, begitu juga dengan anak anak kita, mereka akan melalui perkara yg sama.
    Apa yg kita buat akan dilihat oleh anak anak...
    Tak ada ruginya kan KC buat baik dgn ibu bapa ni. Tanya kpd diri sendiri....kita nak syurga atau pun tidak.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    moga Mek tak kesal ambo jadi anak dia

    BalasPadam
  7. what you give, u get back.
    moga semuanya dalam kasih sayang Allah... Aamin

    BalasPadam
  8. mudah2an ianya hanyalah nukilan akak semata..
    semoga anak2 kita anak2 yang sentiasa membahagiakan kita.
    supaya hidup mereka juga berkah tanpa menguriskan hati kita. INSYALLAH.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com