Adakah anda akan teruja jika ditawarkan untuk membeli sebidang tanah berkeluasan hampir 5000 kaki persegi di Perth, Australia dengan harga hanya RM255,000.00? Jika anda seorang yang berkemampuan, pastinya sedikit sebanyak tawaran yang datang dengan pelbagai pakej pembangunan itu akan menarik minat anda, bukan? Di Malaysia sendiri rasanya sukar untuk mendapatkan tanah seluas lot banglo itu dengan harga yang agak murah (tidak termasuk harga bangunan/rumah).
En Suami menerima panggilan dari seseorang yang meminta beliau datang bersama isteri untuk mendengar tentang penerangan berkaitan dengan pelaburan 'yang sangat menguntungkan ini'. Rajin pula En Suami melayan, jadi pada tarikh yang dijanjikan pergilah kami suami isteri ke tempat yang dijanjikan. Kata pemanggil, makanan juga disediakan disamping ada baucer saguhati yang menanti.
Kami pergi ke tingkat 6, sebuah bangunan di Bukit Bintang (bayaran meletak kereta sahaja sudah kena RM8.00). Makcik fikirkan penerangan itu akan mengambil masa paling lama satu jam sepertimana panggilan-panggilan yang pernah makcik terima sebelum ini (yang menawarkan penginapan 2 hari 1 malam di hotel-hotel terpilih. Tapi makcik tak pernah melayan pun).
Kedatangan kami disambut dan dilayan oleh seorang pemuda India berpenampilan kemas dan segak berusia 28 tahun. Walaupun kami suami isteri bertutur dalam Bahasa Melayu, pemuda yang berasal dari Tapah itu lebih senang berbahasa Inggeris. Dari awal, hati makcik ada perasaan ragu. Di sebalik sepatutnya beliau memberi penerangan tentang projek pelaburan, beliau lebih banyak bersembang santai bertanyakan latar-belakang kami. Makcik mengakulah yang makcik ini seorang pesara dan juga seorang blogger. Siap makcik tunjukkan blog makcik. Dia tanya makcik menulis tetang apa? Makcik kata, makcik tulis tentang apa sahaja. Keluarga, percutian dan mungkin juga tentang 'pertemuan ini'.
Selepas bertanya tentang kami, beliau memanggil pula seorang wanita India yang bertubuh kecil molek (kononnya seorang Pengurus yang lebih pakar dan berpengalaman) dan memberitahu wanita itu tentang apa yang telah kami sembangkan.
Kemudian pemuda itu membuka komputer riba yang ada kata laluan (katanya sudah bekerja dua tahun, tapi tak ingat kata laluan, terpaksa cari di telefon bimbit). Ditunjukkanlah kepada kami paparan ringkas tentang projek pelaburan di Mundijong, Perth itu. Bagi makcik, paparan itu langsung tidak meyakinkan.
Menurutnya lagi, hanya tinggal 4 (EMPAT) lot tanah yang belum terjual dari sekian banyak yang mereka tawarkan. Sebelum ini kononnya mereka membuat jualan di hotel-hotel dalam majlis makan malam. Memandangkan hanya 4 lot sahaja yang tinggal, kini mereka memanggil 'bakal pelanggan' ke pejabat mereka sahaja.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya lebih 2 jam 30 minit kami 'terperangkap' di pejabat jualan itu! Adalah ditunjukkan gambar-gambar apa yang akan dibangunkan di daerah Mundijong itu. Ada juga gambar kononnya tahun 2010 dan 2016 daerah-daerah berdekatan Mundijong yang sedang pesat membangun. Rasanya makcik tua ini belumlah rabun untuk melihat gambar hitam putih (sebelum) dan gambar berwarna (selepas) yang nampak sangat 'disolek' oleh teknologi komputer!
Bila kami katakan kami tidak mempunyai wang sebanyak yang dinyatakan, mereka (lelaki dan wanita India itu) bertanya pula berapa yang kami ada untuk dilaburkan? Kalau ada RM10,000 pun mereka boleh tolong laburkan (atau leburkan?).
Makcik sudah buka laman web Rainforest Properties tapi tak jumpa pula projek di Perth. Logo itu kelihatan sama, tapi Rainforest Properties sebenar nampaknya menggunakan huruf RPI tapi di kertas di atas ini menggunakan huruf RFP. Cuba tengok harga tanah di Mundijong dalam matawang Australia DI SINI |
Dijanjikan baucer RM100 jika datang mendengar penerangan... |
...sebaliknya hanya ada baucer bernilai RM50 dalam sampul yang digam kemas! Siapa tipu siapa pun tak tahulah. |
Sementelah kami pun tidak mempunyai wang tunai, makcik awal-awal telah mengingatkan En Suami agar tidak membawa kad kredit bersama sewaktu kami keluar. Manalah tahu, tiba-tiba kami terpukau pula. Walau hanya beberapa ratus ringgit, duit tetap duit.
Sewaktu tiba beriya-iya kami disuruh makan dulu. Mungkin nasi lemak agaknya siap berbungkus dan ada karipap juga. En Suami minumlah juga teh tarik yang disediakan, tapi makcik tak menjamah sedikit apa pun. Kebetulan sudah bersarapan sebelum keluar dan perut masih kenyang.
Apa pandangan anda yang membaca terhadap projek pelaburan ini? Bolehkan anda mempercayainya?
woaaaaa
BalasPadamtak perlu percaya ... rasanya ni scam.
BalasPadammacam2 la ni kakcik. Hati hati ya. Kita yg pesara selalu jadi target . Depa ingat duit kita berkepuk2 bila pencen. Dan orang tua senang nak kelentong.
BalasPadamslalu dgr yg dgr utk membership yg travel je..yg tanah camni xpernh..ler dpt rm 50 je...nape xbuka trus tanya mn lg rm 50
BalasPadamscam ni kak
BalasPadamsaya tak berani ambil risiko .. biarlah saya simpan duit saya dlm Tabung Haji jer.
BalasPadamkena hati2 benda2 macam ni terutama kalau kita diminta buat pembayaran tunai dsb.
BalasPadambahayanya sekarang ni macam-macam orang boleh buat..
BalasPadamnmpak sgt tak boleh di percayai.... nk membongak jelah tu kejenya...
BalasPadamnsb lah kakcik n suami mmg dh waspada sejak awal.... tp berani betul kakcik n suami pegi tempat2 gitu, yelah mana tau kot2 di paksa ke di apakan./..
kalau nampak takleh percaya tu follow your inner self kakcik. zaman skrg ni macam2 scammer buat utk cari duit
BalasPadamBunyi macam penipuan hartanah pun....Saya baru dapat panggilan talipon suara mesin yang memberitahu saya ada hutang tertunggak dengan Hong Leong Bank...padahal akaun pun tak ada disitu. Pinjaman kereta pun tak ada...Ada Kawan2 pun dapat panggilan berhutang dengan bank sekian2 juga...Macam2 tipu helah cari makan la ni...
BalasPadamscam ni..bahaya..biar la ada tanah depan mata (sah milik kita) dari membayangkan keuntungan untuk tanah yang entah2 ghaib di sana..hati2 yer aunty.. :)
BalasPadampandangan saya scam ni Puan. Harap puan boleh hebahkan atau buat aduan kepada pihak yang sepatutnya..mungkin puan boleh cuba hubungi PPIM, sekarang ni nama persatuan ni memang tengah viral sebab kes-kes scam macam ni. Terima kasih sudi berkongsi dan harapnya ramai lah yang tidak terkena =)
BalasPadamMakchaq pun 4 kali dah dapat panggilan utk ni,
BalasPadamAjak pi makan free sambil dengaq taklimat...
Semua pemanggil melayu, suara budak2 baya2 anak2 kita... kesian pun ada.. depa digunakan oleh syarikat untuk menipu.. la ni nak cari kerja susah.. kerja marketing officer ni la yg banyak ditawarkan oleh syarikat auta ni..
Aggaknya depa betul2 diyakinkan syarikat dan projek ni betui2 ada...
Macam macam teknik nak menipu sekarang ni kan. Nasib baik tak tergoda. Hati hati lah bagi kawan kawan semua.
BalasPadamSaya ni mmg jenis manusia yg malas nak berfikir KC. Lgilah benda benda pelaburan rumah mcm ni, mmg tak berminat nak dengar. Kalau benda benda gini mmg saya serahkan ajelah pada En Suami selalunya. Dan selalunya laki saya mmg susah nak percaya. Tambah lagi kena bayar duit mcm tu. Lagilah dia tak percaya. Dah banyak dah kes kes mcm nilah KC... Ni mesti kes tipu jugak ni
BalasPadam