Dirikan kubu di Tanah Jawa tempat bersembunyi para tentera berpakaian sedondon sehati sejiwa tangan dipimpin saya gembira |
Tempat bersembunyi para tentera tidak terlihat dek mata musuh tangan dipimpin saya gembira jangan biarkan saya terjatuh |
Tidak terlihat dek mata musuh mudah serangannya hendak ditingkah jangan biarkan saya terjatuh kerana saya tak kuat melangkah |
Mudah serangannya hendak ditingkah walau bersembunyi di dalam paya kerana saya tak kuat melangkah sedikit halangan menakutkan saya |
Walau bersembunyi di dalam paya sesaat memisahkan hidup dan mati sedikit halangan menakutkan saya pelukan pakcik mendamaikan hati |
Sesaat memisahkan hidup dan mati hilang lenyap tidak bertanda pelukan pakcik mendamaikan hati semoga kasih ke hujung nyawa... |
insyaAllah kak
BalasPadamINSYALLAHH..
BalasPadamseronok bila ada ramai pakcik2 ni kan.
anak2 saya merasa ramai makcik2.
Cantik pantainya...kat mana tu?
BalasPadamPantai Klebang, Melaka... :)
Padamin shaa Allah. Aminn. Cantik tempatnya
BalasPadamKat kampung saya ni kak. Depan rumah je
BalasPadamSweetnya paksu dengan anak buah dia...
BalasPadamCantik gambar tu KC.... Ambik gambar ni kadang kadang mmg kena sedondon, baru cantik gambar yg dihasilkannya
BalasPadamSemoga ikatan terus berkekalan.
BalasPadamCantik pemandangannya.