Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 Oktober 2017

Pantun (sempena bulan Bahasa)...

Anak dara menghidang laksa
kuah diambil dari kuali
bulan Oktober bulan Bahasa
berapa ramai yang ambil peduli?

Jual pelita di Pekan Selasa
penat menjual sedari pagi
jika bukan kita memartabatkan Bahasa
hendak diharap siapa lagi?

Pergi ke sungai menjala ikan
dapat seekor di tengahari
sedihnya hati bahasaku dirojakkan
dari kuli hinggalah ke menteri

Bergelang emas disalut suasa
cincin permata tersarung di jari
kononnya cerdik merojakkan bahasa
ke mana dibuang jati diri?

Menangkap puyu di tengah bendang
luka kaki tertusuk duri
tulisan aku siapa nak pandang
duduklah mengeluh seorang diri...

13 ulasan:

  1. Tangkap ikan tersusuk duri
    Terusuk duri pedih sekali
    Bagaimana hendak peduli
    Andai promosi kurang sekali

    BalasPadam
  2. Amboihh seronok baca tulisan Kakcik ni...hilang serabut kepala otak dan ngantuk sebab dok gosok belakang Marina semalam bagi tidoq.....mak balik kampong seminggu berkursus, saya dok bersilat malam-malam dok bercerita sebab Marina tak buleh tidog dok teringat....nak cerita apa pulak malam ni....."Singapura diLanda Todak" dia tak mau...

    BalasPadam
  3. Sungguh pun banyak puyu di bendang
    Bila menangguk tertangkap keli
    Walau pun yang rojak ditutur orang
    Berurusan resmi tetap yang asli


    BalasPadam
  4. Gendang gendut tali kecapi,
    Tidak patut ia terjadi.

    BalasPadam
  5. Betul...sedang kita asyik dengan cara sendiri yang dirasakan molek segenap segi sebenarnya ada yang kita cemari..

    BalasPadam
  6. Menangkap puyu di tengah bendang
    luka kaki dihambat tamu
    Pantunmu puan semua nak pandang
    Leka menatap pujian buat diri...

    Pantun dah dibeli.. jangan sedih2 lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menangkap puyu di tengah bendang
      Luka kaki dihambat sikeli
      Pantunmu puan semua nak pandang
      Leka menatap seorang diri...


      *** sorry rima akhir sblum ni x betul.. uwaaaaa

      Padam
  7. Owhh baru teringat bulan oktober setiap tahun adalah bulan bahasa kebangsan.

    BalasPadam
  8. Tulisan cantik sarat berisi
    Isi penuh nasihat berguna
    Pantun nasihat xpernah diketepi
    Kerana ianya jatidiri semua

    Lenggoknya cantik gaya bahasa
    Murni maksudnya disebalik teguran
    Sudah dibaca harap terasa
    Nasihat yang baik jadi teladan

    (Ahahah.nampak x..nak berpantun xberapa nk pandai.taram sajalah)



    BalasPadam
  9. Assalam Kakchik..

    ke kedai emas membeli suasa
    suasa dipakai di rumah sahaya
    sama-samalah kita daulatkan bahasa
    takkan Melayu hilang di dunia

    BalasPadam
  10. Saya bab pantun mmg faillah KC...
    Kalau KC tak inform ni, tak tau pun bulan Oktober ni bulan bahasa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com