Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 September 2017

Kalau benar kamu sayang...

...tunjukkanlah di waktu susah bukan hanya di waktu senang
bukan sekadar menjadi bayang-bayang
muncul ketika cahaya terang
bila gelap ia turut sama menghilang

kalau benar kamu sayang
bukan bermanis kata tika sesuatu ingin kau minta
saat tiada keperluan yang kau terasa
lemah-lembutmu hilang entah ke mana
tak kau peduli hati yang terluka

kalau benar kamu sayang
jaga hatinya agar tenang sentiasa
walau pedih tidak terlahir di muka
tak mungkin sedikit pun tidak dapat kau rasa
betapa dia sudah hilang rasa bahagia

kalau benar kamu sayang
tika hadirnyalah dia kau tatang
bukan kelak setelah dia hilang
kata yang sama kau ulang-ulang
konon betapa rindumu bukan kepalang

10 ulasan:

  1. Kakcik,
    rasa macam saya yg karang puisi kat atas. ... rasa hati diakhir usia begini.

    BalasPadam
  2. SA macam rasa SA dalam penceritaan Mak dalam puisi ni mak...kadang2 hati kita hanya kita yang tahu...

    BalasPadam
  3. tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu DSV..sayang..sayang..sayang

    BalasPadam
  4. Selalunya lagu tu lah Kakcik....redop la pulak petang ni.....sayu aihh...

    BalasPadam
  5. Semoga silaturahim sesama kita ikhlas semata bukan bermuka2..nasihat yang bagus ni kakcik.

    BalasPadam
  6. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    BalasPadam
  7. Sayang biarlah ikhlas....
    Kalau tak ikhlas baik tak payah sayang.... hihi.... boleh ke gitu?

    BalasPadam
  8. Masa ada nilah nak disayang-sayang, dirindu-rindu. Bila dah takda, tak payahlah dok sibuk kata rindu separuh mati, nak bersayang-sayang bagai. Dah terlambat!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com