Bila hendak berjumpa orang :
awal lagi aku bersiap
mandi, gosok gigi, berhias diri
berpakaian selengkapnya
berjam-jam di hadapan cermin
melihat apa lagi yang tidak puas di hati
Bila hendak berjumpa DIA :
bangun tidur cuma berkumur dan cuci muka
kemudian berwuduk seadanya
pakaian pun tidak ditukar
cuma sarung telekung yang sekian lama tidak dibasuh
Aku memang tak tahu diuntung.
bertemu orang entah apa faedah yang bakal diterima
entah orang tak perasan pun aku tampil penuh gaya
sedangkan bila aku bertemu DIA
padaNya aku boleh mengadu segala
tapi aku buat dengan sambil lewa
Bila hendak bermesyuarat dengan orang :
tidak mengapa aku menunggu
manalah tahu nanti ada 'markah' lebih buatku
dari rasa senang hati orang itu
boleh aku meminta sesuatu yang berfaedah buatku
Bila hendak bermesyuarat dengan DIA :
eh...tidak mengapalah aku melewat-lewatkan masa
walaupun sepatutnya dari DIA aku merayu sepenuh rasa
kerana DIA akan sentiasa ada
dan DIA yang mengizinkan aku masih bernyawa
Aku memang tidak tahu diuntung.
bermesyuarat dengan orang
banyak agenda yang perlu mereka fikirkan
kehadiranku mungkin juga tidak dipandang
walau aku tersengih-sengih seperti kerang
bermesyuarat dengan DIA
sentiada ada ehsan jika aku tak jemu meminta
akan DIA beri walau aku tidak sedar saat ketika
dan aku terlupa pernah memohon sewaktu bantuanNya diterima
Balik-balik aku akan kata :
aku hanya insan biasa
kelemahanku tetap ada
nanti aku berubah bila sudah bersedia
tapi...tahukah aku bila ajal akan tiba???
Kak cik....terasa pulak saya. Betul kata KC, dengan Dia kita buat sambil lewa je padahal dia Al Khaliq, pemilik sekelian Alam....malunya saya...
BalasPadambetul la..nasihat ni padu..
BalasPadamSubhanaAllah..tepat sangat..
BalasPadambetul kakcik...kadang2 ditunaikan perintahNYA dihujung waktu 6tanpa rasa bersalah..
BalasPadamAllah.. Nice sharing kak
BalasPadamThanx for sharing Kakcik
BalasPadam'Kita' yang tak tahu diuntung.
BalasPadamMudah2an DIA mengampunkan dosa2 kita.
Huhu..kena berubah..ingatan untuk diri sendiri. Terima kasih atas perkongsian ini
BalasPadamMemang betul tu, Kakcik. Kalau berjumpa sesama insan, nak cantik-cantik dan wangi-wangi supaya mata-mata yang ada tertawan dengan penampilan diri. Tapi bila bertemu denganNya 5 kali sehari, tak kisahlah pakai apa pun sebab nak solat je, bukan ada orang tengok pun! Aduhai, terasa pulak betapa kerdil dan bodohnya diri 'meminta' pada yang salah!
BalasPadamTerima kasih diatas perkongsian mak...
BalasPadam