Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 Ogos 2017

Selamat datang bulan kelahiran...

Ogos 

bulan aku dilahirkan

mungkinkah akan menjadi bulan aku dikapankan?

Tiada siapa yang tahu

kecuali DIA

hanya aku berdoa kepadaNya :

kurniakan segala kebaikan buatku
juga buat keluargaku 
apa jua yang membelenggu
biarlah terlerai punca satu persatu

hatiku kadangkala sedingin salju
membeku
sampai aku jadi keliru
hendak melangkah tak jumpa pintu
buntu

Allah

tolonglah aku
permudahkanlah sisa-sisa hidupku.

Bagai buih ditiup angin, megahnya hanya seketika

9 ulasan:

  1. Semoga beroleh kebahagiaan yg berpanjangan....dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki....happy besday =)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kak...akak dah sihat...
    Moga akak sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan ya...amin,

    BalasPadam
  3. bertambah tahun, bertambah umur kita ye kak.. semoga apa yg patut bertambah, semakin bertambah... insyallah..

    BalasPadam
  4. kite geng lah kakcik...
    dana pun ni lah bulan kelahiran, ni lah nombor kesukaan dana

    moga bulan ni bkn la bulan terakhir kita di bumi ini yek kakcik

    BalasPadam
  5. Semoga terus diberikan kesihatan yg baik kak Cik...
    Anak saya, dua org birthday bulan ni...

    BalasPadam
  6. Selamat ulang tahun kelahiran.
    Semoga dipermudahkan segalanya.

    BalasPadam
  7. Moga Allah datangkan yg baik baik buat KC ye...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com