Kawan-kawan kakcik

Rabu, 2 Ogos 2017

Orang kata wajah kami sama...

Sama ke?

Sama sepet, sama hidung kembang, sama beruban...

Hujung tahun ini, InsyaAllah kami akan menyambut ulangtahun pernikahan yang ke 31.  Sudah lebih dari separuh usia kami hidup bersama.

Laut yang mana tidak berombak.  Bumi yang mana tak ditimpa hujan.  Begitulah kehidupan alam berumahtangga.  Bahagia macam mana pun yang dipamerkan, pasti ada rasa tersinggung dan tidak 'sama angin'.  Sedangkan lidah lagi tergigit.  Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya yang tidak elok itu lebih baik kita simpan rapat-rapat.  Diheboh-hebohkan mungkin lebih banyak buruk dari baiknya.  Orang luar akan sedap bercerita dan mentafsir mahu pun menaksir.  Yang menanggungnya akan berbalik kepada diri kita sendiri.  Ibarat luka yang besar, biarpun sudah kering, parutnya akan tetap ada.

Entah apa pula yang makcik merepek ini!  Tidak ada apa-apa pun. Cuma kebelakangan ini, isu-isu rumahtangga seakan-akan seronok dibuka untuk dibicara.  Bagaikan sangat penting kisah peribadi dijaja hingga menenggelamkan masalah negara.

Kalau zaman makcik muda dulu, ibubapa akan bagi panduan agar 'kisah dalam kain' hendaklah disimpan. Selagi aib boleh dijaga, janganlah ianya dibuka.  Biar orang berbicara, kita diamkan sahaja. Tak perlu sehingga membuat sidang media seolah-olah bangga dengan apa yang terjadi.  Maaf mudah diucap, tapi kesannya bukan bagai menghilangkan sisa kicap!

Oh ya... pakcik di atas itu ke Sabah hari ini.  InsyaAllah, Jumaat nanti baru dia balik.  Ada urusan mesyuarat di sana.  Harapnya, mesyuarat berlangsung dengan lancar dan tidak pula diadakan di bilik karaoke!

15 ulasan:

  1. Iya la.. Dah mcm adik beradik...
    Moga bahagia hingga ke syurga :)

    BalasPadam
  2. semoga bahagia hidup bersama selamanya..

    BalasPadam
  3. Sama sangat- sangat...jodoh panjang kata orang tua2 kan mak?

    BalasPadam
  4. iyaa memang muka sama. hihi dulu ingat adik beradik rupanya hasben n wife =)
    semoga bahagiaaa sentiasa hendaknya..

    BalasPadam
  5. betul laa kak cik..lebih kurg je muka..moga Sha pun dpt mengharungi alam rumhtgga mcm kak cik

    BalasPadam
  6. ye..muka bonda memang sama dengan husband bonda....hehehe..sweet couple

    BalasPadam
  7. ye kakcik mmg iras betul... gambar kedua tu lg nmpak mcm adik beradik...

    org tua2 kata kalau sama insyallah hingga ke syurga...

    BalasPadam
  8. Memang sama.. macam kembar dah ni

    BalasPadam
  9. Moga bersama di dunia...bergembira di singahsana syurga juga kelak...amin.

    BalasPadam
  10. Haah makk.. muka sama.. muka mak version tak pakai tdung... heee

    BalasPadam
  11. Haah sama.....hihi....biasa suami isteri muka sama ni jodoh panjanggg =)

    BalasPadam
  12. Yelah kan KC mana ada rumahtangga yg tak dilanda badai. Walaupun zahirnya kadang nampak gembira. Berdoa ajelah moga jodoh kita kekal bahagia hingga ke syurga.

    Haha...nak buat mcm mana KC depa tu artis, kenalah ada sidang media....kasi peminat clear gitu

    BalasPadam
  13. banyak pasangan suami isteri, yang saya perasan, memang ada iras masing2. macam akk ni pun memang nampak serupa je muka dengan husband. itulah yg dikatakan jodoh kan. sweet sangat akak ni.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com