Artikel dari : Harian Metro
SEBANYAK RM12.2 juta diraih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menerusi bidaan nombor pendaftaran kenderaan 'RR' sekali gus kutipan tertinggi dalam sejarah 42 tahun agensi itu.
Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd Tarmizi Ghazali berkata, nombor pendaftaran RR2 sehingga RR10 yang juga dikenali sebagai 'Nombor Emas' berjaya mengumpul RM2.6 juta.
Tarmizi berkata, sebanyak 7,969 tawaran diterima untuk RR sejak tender dibuka dari 5 hingga 19 Jun lalu, namun hanya 2,253 berjaya.
"Bagi 'nombor menarik' kita menjual 5,722 nombor dalam tempoh kurang daripada dua minggu dan hanya berbaki 2,024 nombor.
"Nombor pendaftaran kenderaan RR dijual dengan jumlah purata 440 dijual setiap hari melalui portal rasmi jabatan dan kaunter di seluruh negara.
"Nombor ini menjana hampir dua kali ganda nombor pendaftaran RM yang menerima jumlah kutipan tertinggi sebanyak RM7.1 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nombor pendaftaran RR1 dikhaskan untuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Golongan diraja lain yang membida untuk nombor pendaftaran RR ialah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang memenangi dua nombor iaitu RR6 dan RR9 dengan jumlah tawaran berjumlah RM856,780.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memenangi tawaran RR11 bernilai RM268,400.
Catatan makcik : beruntunglah mereka yang punya wang yang banyak dan boleh membeli apa sahaja mengikut kehendak. Makcik juga yang setiap kali celik mata, terfikir bagaimana hendak berbelanja. Mungkin agaknya sebab makcik hanya mampu berfikir tanpa berusaha, jadi serba serbi sukar jadinya...
800k boleh beli rumah dah..
BalasPadamApa yang menarik RR tu? Tapi orang dah minat kan, banyak duit macam-macam boleh buat dan dapat kan..
BalasPadamHari ni orang yang ada duit sanggup keluar duit untuk benda sia sia macam ni. Tapi
BalasPadamNanti depan Allah swt
Kita akan ditanya dua kali tentang harta
Mana kita dapat harta tu
Hehe. Nak jawab apa
Saya guna rm800k untuk beli plate kereta RR?
Sedangkan ramai orang susah di zaman ekonomi meleset ni
bagi kita yang kurang minat ni macam membazir je kan kakcik labur duit beribu2 hanya utk plate kereta RR
BalasPadamorang banyak duit sangat ni. huu
BalasPadamduit kepuk2 tak tau nak buat ape :D
BalasPadamsaya ni duit sipi2 berkira hari2 bila nak dapat gaji :(
Duit banyak tak tahu nak buat apa, Kakcik. Takda masalah nak 'laburkan' ke mana. Kalau tak dibelanja, tak habis pulak nanti penggunaannya. Lainlah insan marhaen macam kita ni, mesti pandai buat bajet. Kalau tidak, nangis belakang dapur nanti!
BalasPadamharapkan golongan atasan jela membida..kite xde pitih ni..nasb kete ade no plat je,,ahahha
BalasPadamHihi....geli hati saya bila baca nota KC tu.
BalasPadamSama je kita KC....saya lagilah nak berfikir pun malas hah....
Buat apalah habiskan duit sampai beratus ratus ribu tu semata mata nak membida nombor, kan KC....tp yelah, org org kaya ni mmg lain macam betul kemahuannya