Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Ogos 2017

Peliknya bapa ini...

Pelik bila seorang bapa sanggup hendak menyaman anak sendiri kerana kononnya anak itu 'menggunakan suaranya (suara bapa)' dan namanya (nama bapa) untuk mencipta populariti.

Tidakkah anak itu berbinkan bapanya?  Maka haruskah dia membuang nama bapa itu supaya bapanya tidak dikenali (sedangkan bapa itu memang sangat dikenali setidak-tidaknya di rantau ini)?  Bagaimana pula  anak itu hendak menukar suara yang telah Allah SWT kurniakan kepadanya?  Kata orang bapa borek anak rintik, jadi salahkan seorang anak mewarisi bakat ayahnya. Sudah bagus dia mewarisi perkara yang baik. Kalaulah dia mewarisi perkara yang buruk, tidakkah bapa itu akan menjadi malu?

Sepatutnya seorang bapa yang waras (mungkin sesuatu mempengaruhi bapa itu hingga hilang kewarasannya) merasa bangga bila anaknya mengangkat balik namanya yang hampir tenggelam.  Mengangkat bukan di jalan yang salah.  Mahu juga anak itu menyebut nama bapanya, walau selama hidupnya hingga dia dikenali bapanya mungkin tidak pernah memperdulikannya.

Seandainya bapa itu bersikap baik dengan anaknya, mungkin anak itu juga tidak segan untuk 'bekerjasama' dengan bapanya yang kian tua.  Mungkin akan terbuka pula pintu rezeki yang baru buat bapanya.

Entahlah... pelik memang pelik!

13 ulasan:

  1. sekarang ini banyak betul terjadi perkara yang pelik2, manusia akhir zaman agaknya

    BalasPadam
  2. Hurmmm macam-macaam sekarang ni.. btw singgah and follow sini..

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    BalasPadam
  3. Itu yang meyedihkan...semuanya bagai tidak kena kan kak..dengan remajanya begini..dengan ibu bapa begitu...subhanAllah..

    BalasPadam
  4. Kan.. hairan juga.. apa salahnya kalau nak tumpang glamer, bukan orang lain, anak sendiri juga.. lagi pun memang berbakat..

    Sepatutnya galakkan la untuk meneruskan legasi beliau.

    Apa pun mungkin ada perkara yang mereka tak berngam sampai jadi macam tu kan..

    BalasPadam
  5. ada bc psl ni..katanya anknye pernh xmengaku sebagai bapanya sbb ada perselisihan faham tp skarang ank die menyanyi plak and mcm guna nama bapanye tp dgr sura anknye mmg sebiji la suara bapanya

    BalasPadam
  6. what can you expect from a drug addict absentee father

    BalasPadam
  7. Assalam..kes yg pelik pada kita xterfikir dek akal waras

    BalasPadam
  8. suker citer "I LOVE YOU ABANG BOMBA"
    hahaha

    BalasPadam
  9. Baru terbaca semalam. Ni mesti kes bapa dan anak tak ngam ni. Sebab itulah marah sangat anak 'menjaja' namanya. Patutnya sebagai bapa, kita haruslah bangga bila anak buat sesesuatu yang baik dan menjaja nama bapanya; ini terbalik pulak!

    Oh, ya Kakcik! Dari semalam nak memuji tapi asyik terlepas pandang ^_^ Muda belia sungguh gambar Kakcik kat header baru tu tau ~_^

    BalasPadam
  10. Entahlah KC....dunia sekarang ni mmmg pelik. Moga endingnya nanti baik baiklah hendaknya.
    Saya sampai sekarang tak tau nak letak gambo kat header tu KC hihi

    BalasPadam
  11. Tak tercapai dek akal perbuatannya itu.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com