Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Ogos 2017

Janganlah disiarkan wajah bapa durjana itu...

Malaysia (malah khabar telah tersebar ceritanya ke seluruh dunia) digemparkan dengan perlakuan seorang bapa yang merogol dan meliwat anak kandungnya setiap hari sehingga beratus kali.  Jika benar, memang bapa itu sewajarnya dihukum dengan seberat-berat hukuman.  Sebagai ibu, aku turut merasa luluh hati bagai dicincang lumat.

Namun aku rasa, tak perlulah gambar bapa berhati syaitan itu disiarkan.  Bukan untuk menutup aibnya.  Tapi untuk melindungi anaknya yang menjadi mangsa.  Sudahlah hidupnya dijahanamkan bapa sendiri.  Bila wajah bapa yang tak layak dipanggil bapa itu disiarkan, pasti orang akan mengetahui dan mengenali siapa anaknya.  Malangnya nasib gadis itu.  Selain pandangan penuh simpati, manusia yang suka menjatuhkan hukuman sendiri akan mengambil peluang pula untuk mencaci, memaki dan memerli.

Kasihanilah anak itu...

Kasihilah anakmu kerana ia adalah amanah buatmu
*gambar dari arkib google*

18 ulasan:

  1. betul tu kasihan anak itu, haish geram je baca kisah ni tak layak bergelar bapak tu

    BalasPadam
  2. mmg iblis bapa tu..tklayak digeklar bapa..sakit hati baca and tgk berita...kesian kt anak tu

    BalasPadam
  3. Smoga dia menerima hukumnya paling berat. Betul juga kan.. xyahlah sebarkan muka bapa durjana Tu utk tutup AIB si anak. Kesiannya x dpt bayangkan mcm.mana dgn si anak.tu

    BalasPadam
  4. Speechless baca kes ni..ermm..bila nafsu dah menguasai...

    BalasPadam
  5. betul tu kakcik, memang perlakuan si bapa tu menyedihkan, tapi ada aib lain yang perlu dijaga kan... hmmm

    BalasPadam
  6. Taknak nengok dan taknak tau pun..Sakit hati, marah dan kecewa sangat..

    BalasPadam
  7. Kecewa, geram dan marah bercampur2 bila tahu tentang kisah tu.. Kesian anak2.. Ibu bapa yang sepatutnya mendidik dan melindungi sepatutnya menjadi contoh dan harapan kepada anak2.. Tapi lain pula kejadiannya..

    Semoga kita dijauhkan dari anasir-anasir setanirojim ni

    BalasPadam
  8. Sedih dan bersimpati dengan naseb si anak

    BalasPadam
  9. Setuju sangat kak. Hancur n gelap la masa depan anak tu..Allahu kesian sangat anak tu

    BalasPadam
  10. mmg rasa terbuku sgt bila dgr berita tu..hancur masa depan budak tu tapi kita doakan dia dilindungi dan semoga dia berjaya dan menjadi umat yg solehah..risau nak fikir masa depan dia tu..

    BalasPadam
  11. patutnya disebat dikhalayak ramai..
    patutnya dipotong2 anunya tu..eeii sakit hati ni..

    BalasPadam
  12. Betul tu kakcik..Musnah masa depan anak tu..Biar lah dia hidup dengan tenang untuk pulihkan semangat dia semula..

    BalasPadam
  13. betul tu...kalau siar muka siayah tu tahu lah jiran tetangga dan kawan2 sekolah pasal budak pompuan tu...kesian. Manusia apa la sibapa ni...

    BalasPadam
  14. Betul kak...kesian pada anak tu...bertambah tertekan mental dan emosinya.

    BalasPadam
  15. betul. kesian sangat kat budak tu kan. semoga Allah pinjamkan kekuatan supaya kuat budak tu hadapi ujian hidup.

    BalasPadam
  16. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Terbuka di Putrajaya.. Kalau saya berpeluang ke sana pun tak sanggup tengok rupa si pelaku..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com