Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 Julai 2017

Syawal telah berlalu...

Ramadan 29 hari
Syawal 30 hari
...dannnnn
...hari raya masihkah berlanjut-lanjut hari???

Bagaimana dengan diriku?
apakah Ramadan memberi keinsafan buatku?
adakah Syawal membawa pengertian buatku?

atau...

aku tetap aku yang dulu
tidak berubah melainkan usia kian bertambah
Ramadan pun aku bermewah-mewah
mana mungkin menyelami kehidupan mereka yang susah

Syawal pula bulan berpesta
lapar dahaga sudah tidak terasa
makan minum sepanjang masa
ketenangan Ramadan sudah dilupa

Hari demi hari kian singkat usiaku
daun berguguran satu persatu
khabar dari teman-teman pun begitu
seorang demi seorang pergi mendahuluiku

Kiranya aku masih juga berleka-leka
bagaikan saat buatku tak akan tiba
sedangkan malaikat maut tak pernah alpa
menjengukku saban ketika

Mudah-mudahan di waktu yang masih bersisa
sempat untukku berbuat jasa
menambah pahala mengurangkan dosa
kerana waktu untuk pergi tak dapat dijangka...

6 ulasan:

  1. Berlalu sudah Syawal...alhamdulillah tahun ini kita diizin meraikannya..moga kita terus istiqhomah dalam kebaikkan.

    BalasPadam
  2. semoga ramadhan akan datang bertemu lagi inshaAllah

    BalasPadam
  3. syawal tahun ni sederhana, SA tak kemana- mana..semoga syawal akan datang terus bermakna buat SA

    BalasPadam
  4. insyallah semoga sama2 kita berjumpa di ramadhan dan syawal tahun depan ye kakcik

    BalasPadam
  5. Sangat bermakna baca nukilan kak Cik ni. Saya pun rasa perasaan yang sama...Moga kita selalu diberkati dan diberi taufik & hidayah.

    BalasPadam
  6. sampai ke sudah hari last Syawal ada open house lagi.. betul2 trasa meriahnya hehe..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com