Kawan-kawan kakcik

Khamis, 8 Jun 2017

Telur goreng berkuah kicap...

telur goreng berkuah kicap
lauk sahurku yang sangat sedap
ditambah bawang yang digoreng sekejap
menjadi rezeki, syukur tak terucap



bagi kalian yang masih berselera
makanlah apa sahaja yang kalian suka
namun nanti di suatu masa
mungkin kalian rasa apa yang kurasa

dulu aku juga pernah marah-marah
bila orangtuaku merungut tak sudah-sudah
makanan yang kuhidang diendah tak endah
semuanya buat mereka rasa hendak muntah

mereka mahukan lauk 'biasa'
ikan bilis, cili dan bawang digoreng bersama
itu sudah cukup membuka selera
makan boleh bertambah sepinggan dua

kini giliranku sudah tiba
melihat lauk pelbagai terasa loya
telur, kicap, bawang dan cili sebiji dua
cukuplah sekadar itu sahaja

Islam mengajar kita bersederhana
Ramadan untuk kita mendidik jiwa
bukan makan selagi ada
maka keinsafan apa yang akan kita rasa?

#padanmukaaku
#takpernahcubafahamhatiayahibu
#Allahtakpernahlupamengingatkankita
#apakitaberiakankitaterimasemula


14 ulasan:

  1. ini pun dah sedap bonda...makan nasi panas..uihh

    BalasPadam
  2. sama la mak ..pagi tadi nasi dan serunding je ..

    BalasPadam
  3. Lauk macam nilah pembuka selera kak...kadang ikan bilis goreng pun boleh bertambah nasi...

    BalasPadam
  4. Saya pun suka lauk mudah aje masa sahur. Lagi pun tak makan banyak. Sekadar alas perut ambil berkat sahur.

    BalasPadam
  5. Belum cuba lagi telur goreng masak kicap sahur kali ni kakcik..

    BalasPadam
  6. Betul tu kakcik. McK pun nasi susah sikit bulan posa ni....kadang tu nasi dgn sambal hitam pun dah sedap

    BalasPadam
  7. Inilah juga lauk bersahur saya beberapa hari lepas....
    Menyelerakan...

    BalasPadam
  8. Sekarang pukul 11.19 pagi. Tiba-tiba lauk teloq kicap bawang tu nampak sedap sangat pulak dahh!

    BalasPadam
  9. memang betul kak, kita sendiri sahur minum milo dgn roti je.. tak lalu nak makan yang berkuah2 sgt dah skrg ni

    BalasPadam
  10. Walaupun telur kicap sahaja..
    TETAPI jika bersama nasi panas2..
    Pastinya menyelerakan sesiapa sahaja...

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    BalasPadam
  11. walau hanya telur goreng kicap...tetap membuka selera waktu sahur..

    BalasPadam
  12. Sedap ni KC....makan pulak pagi pagi. Daripada tak de selera timbul selera tau.
    Kalah lauk ayam ah ni ....

    BalasPadam
  13. Sedapnya....berselera pulak tengok lauk ni...nyum nyum

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com