Rendang udang dan kacang buncis yang aku masak petang semalam |
Bahan-bahannya :
1/2kg udang - bersihkan (buang kepala dan ekor)
300gram kacang buncis - potong serong
10 biji bawang merah
2 batang serai
halia sebesar dua ibu jari
20 tangkai cili kering
2 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
2 sudu makan kerisik
semangkuk santan
garam secukup rasa
Cara-caranya :
Bawang merah, halia dan serai - di hiris halus dulu dan kemudian tumbuk kasar supaya keluar rasanya nanti (kalau malas, kisar sahaja semua bahan ini)
Cili kering dikisar halus
Masukkan udang, kacang buncis dan semua bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan juga asam keping dan kerisik. Masak sehingga agak sejat dan masukkan santan. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya. Biarkan menggelegak (kalau hendak berkuah, tutup api. Sebaliknya kalau hendak rendang kering, masaklah sehingga kuahnya sejat).
Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah di hiris halus dan kaupbalikkan untuk mendapat bau yang wangi.
Siap.
nyum2 sedapnyaaaaaaaaaaaa
BalasPadamassalamualaikum kakcik...sedap2 menu ni...
BalasPadam** Mama Maszull
Salam Kakcik. Menu ringkas camni biasanya yang paling sedap.
BalasPadamMakin kering rendang..
BalasPadamMakin sedap rasanya kan kakcik..
Sesuai sgt utk lauk bersahur tu..
Wahhh sedapnye..
BalasPadamPernah buat rendang udang je.. campur kacang tu tak pernah try lagi.. nice sharing...
BalasPadamAssalam Kakcik, lauk ni kalau makan dengan nasi panas memang terangkat
BalasPadamyay! Kita geng lah Mak. AS pun buat rendang tak ade tumis-tumis dengan minyak.
BalasPadamKalau berminyak pun cuma minyak yang keluar dari santan tu je. Memang original recipe rendang pedas ni ^_^
Jemput baca : TIPS PILIH TUDUNG RAYA MAK-MAK
Terima kaseh kakcik atas resepi membuka selera.... nanti nak cuba utk berbuka puasa
BalasPadamtak pernah buat ni, nampak sedap boleh cubalah kakcik
BalasPadamSedap nampak menu Kakcik sediakan. Boleh nak cuba juga.
BalasPadamBiasa adik SA buat rendang udang time raya sebab suaminya tak makan ikan or daging or ayam...
BalasPadam