Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saat aku sangat-sangat teringin hendak makan Patin Tempoyak, aku mendapat peluang untuk makan di Restoran Patin Tempoyak Kg Baru. Syukur Alhamdulillah.
Aku pergi selepas waktu Maghrib. Alamak! jalan sesak pula. Akhirnya jam 8.30 malam barulah aku tiba ke tempat yang dituju. Suami hanya menghantarku kerana dia kurang sihat.
Restoran Patin Tempoyak Kg Baru ini adalah penjenamaan semula dari restoran asalnya iaitu Samudra Exotic River Fish Restaurant. Restoran baru ini terletak hanya beberapa meter dari lokasi lamanya.
Masuk sahaja ke restoran ini, aku bertemu dengan pemiliknya En. Kamarul yang sangat ramah tamah orangnya.
Restoran Patin Tempoyak Kg Baru ini adalah penjenamaan semula dari restoran asalnya iaitu Samudra Exotic River Fish Restaurant. Restoran baru ini terletak hanya beberapa meter dari lokasi lamanya.
Mengikut alamat, restoran ini terletak di Jalan Raja Abdullah. Bagaimanapun, kita kena masuk sedikit ke Jalan Raja Ali dan ianya terletak beberapa langkah setelah memasuki jalan tersebut. |
Biasalah, kan? Blogger mana boleh melepaskan peluang untuk bergambar. Eh... macam adik beradik pulak! |
Melihat makanan yang terhidang di meja, memang serta merta perut menyanyi-nyanyi minta diisi. Jomlah kita makan dulu...
Selain dari ikan patin, restoran ini juga menyediakan lain-lain jenis ikan sungai (yang didatangkan terus dari Sungai Pahang @ Temerloh). Bagi mereka yang tak makan ikan sungai, ikan laut juga disediakan dan akan dimasak mengikut permintaan.
Mari lihat apakah yang ada di restoran ini. Antaranya :
Ikan putih / Ikan lampam goreng |
Masak lemak ikan sungai |
Haaa... inilah 'mercu tanda' restoran ini. Patin Tempoyak yang sangat sedap. Isi ikannya cukup lembut dan ada rasa lemak. Kuahnya pun cukup masam masinnya. |
Asam Pedas Ikan Tenggiri |
Ikan sungai bakar |
Masak lemak pucuk ubi yang likat melekat kuahnya. Pucuk ubinya pun cukup lembut untuk dikunyah. |
Masak lemak rebung |
Urap / kerabu pucuk paku |
Pekasam ikan sungai |
Pelbagai jenis sambal. Ada sambal kicap. budu, sambal belacan dan sambal tempoyak |
Boleh sahaja jika mahu makan nasi goreng... |
...atau mee goreng mahupun kuey teow goreng |
Ada ayam goreng kunyit juga... |
...dan pelbagai jenis pencuci mulut. |
Harga ikan yang dijual di sini adalah 10% lebih murah dari di restoran asalnya. Mungkin bagi setengah orang, mereka merasakan harga ikan sungai terutamanya patin, jelawat dan kerai adalah agak mahal. Sebenarnya, ikan-ikan yang dijual, dimasak dan dihidangkan di Restoran Patin Tempoyak Kg Baru ini adalah didatangkan terus dan segar dari Sungai Pahang (Temerloh) yang dijamin kualitinya.
Sempena bulan Ramadhan, restoran ini juga mengadakan hidangan secara buffet untuk berbuka mulai jam 6.30 petang. Harga buffet adalah :
RM65.00 (bersih) untuk dewasa
RM30.00 (bersih) untuk kanak-kanak
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin membeli secara 'a-la carte' untuk dibawa pulang, tempahan dibuka mulai jam 4.00 petang.
Untuk tempahan awal, bolehlah menghubungi sendiri En Kamarul di talian :
018-2916250 (telefon)
019-6116933 (whatsapp sahaja)
Sekali lagi, untuk yang ingin datang berbuka di sini, bolehlah datang ke alamat :
63D, Jalan Raja Abdullah
50300 Kg Baru
Kuala Lumpur.
Restoran ini boleh memuatkan 60 (enam puluh) orang pelanggan pada satu-satu masa.
Untuk merasai sendiri keenakan masakan patin tempoyak dan lain-lain lauk-pauk, sama ada masak tempoyak, masak lemak atau asam pedas, jemputlah datang ke Restoran Patin Tempoyak Kg Baru.
Bila kesedapan masuk ke tekak, harga bukanlah menjadi masalah...
alamakkk... pepagi trngok entry ni buat tekak menari2 nak mencari.. balik nanti kita plak terjah.. hehehe
BalasPadamsinggah pagi isnin
BalasPadamSedapnya kak. Saya pun peminat ikan patin masak tempoyak. :)
BalasPadamSambal-sambal tu menawan hati. Auni suka jugak patin tempoyak, kalau kena semua rasa masin, masam, manisnya, memang bertambah nasi!
BalasPadamLapar dibuatnyaaa huhuhuhu
BalasPadamKerabu pucuk paku tu...sedap..makan gitu je tak payah makan dengan nasi..
BalasPadamAlaaa...SA suka masak tempoyak ikan patin..alahai sedapnya....
BalasPadam