Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Oktober 2016

Wira yang tak didendang..

Siapakah agaknya wira itu?  Kelihatannya seperti seorang anggota polis...

Bila terjadi sesuatu kecelakaan/kemalangan di masa kini, akan ramailah para 'wartawan maya' berlumba-lumba mengeluarkan cerita masing-masing walaupun tanpa kesahihan atau bukti nyata. Masing-masing ingin menjadi yang pertama membawa berita/cerita.  Benar atau salah, ditolak ke tepi dulu.  Yang penting, aku nombor satu.  Paling seronok kalau dapat bawa berita yang memang orang tertanya-tanya jawapannya tentang 'bagaimana', 'apa punca' dan sebagainya.  Tak kisahlah sumber dari mana atau khabar-khabar angin sahaja.  Perasaan mangsa dan keluarga mereka langsung tidak diambilkira.

Kita boleh berubah.  Bila menerima sesuatu berita, selidik dulu kesahihannya.  Jangan terlalu laju.  Terbukti kebelakangan ini sudah terlalu banyak berita palsu disebarkan.  Jom kita tengok sisi lain dari sesuatu kejadian.  Apa sebenarnya Allah SWT mengingatkan di sebalik apa yang terjadi.  Benarkah kuasa manusia dan kecanggihan teknologi dapat melindungi kita dari segala musibah?  Tentunya tidak.  Kerana kuasa di atas kuasa, hanyalah Dia Yang Maha Berkuasa.

Terdetikkah hati kita untuk melihat dan memberi pujian kepada mereka yang bertarung nyawa dan berusaha untuk menyelamatkan, memberi ketenangan dan mengenepikan keselesaan sendiri kepada mangsa?  Mereka bukan menteri atau YB yang hanya pandai berkata-kata di hadapan kamera media.  Mereka bekerja dalam senyap dengan penuh rasa tanggungjawab. Merekalah wira-wira yang tidak didendang.  Mereka puas bila dapat melaksanakan tugas mereka walau tidak dipandang sebelah mata.

Tapi...kita lebih suka mengambil gambar mangsa yang sedang menderita, kerana itu lebih menjadi bahan berita...

5 ulasan:

  1. Kerana terlalu pantas/canggih kadang yg tak sepatutnya itulah yg lebih cepat tersebar-luas.
    Pedihnya pada keluarga mangsa. Macam semalam gambar lelaki yg terbakar mati di petronas Mt Austin tersebar luas. Sedih sangat kakcik kalau tengok gambarnya..:(

    Semalam JB jem padat sana-sini terbakar/lighting strike/banjir kakcik. Macam-macam ujian Allah berikan.

    BalasPadam
  2. betui tu kakcik smlm viral gambar mayat mangsa kebakaean tanpa di blur terlebih dahulu ... nampak hitam dlm pakai hijau ... hmmmmm sedih betui

    BalasPadam
  3. Orang yang viral gambar tu tak ada prasaan lansung sedangkan pemberita pun ada etika mereka yg patut dipatuhi. Sekarang ni gambar2 sadis suka diviralkan tanpa rasa simpati pada keluarga mangsa yang terlibat.

    BalasPadam
  4. Semalam kira 'Tragedi Oktober' di JDT.
    Macam2 ujian Allah berikan.
    Buat peringatan kepada kita semua.

    BalasPadam
  5. Sekarang ni zaman memang macam tu. Sikit-sikit nak diviralkan walaupun belum tentu kesahihannya. Lagi orang menderita, lagi galak kita mengambil peluang. Kasihan alahai wira-wira yang macam ni, takda siapa pun tahu tentang mereka.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com