Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 Oktober 2016

Nasi Daging Utara yang sedap...

Biasalah...makcik ni bab makan memang pandai, tapi bab memasak 'tak reti-reti'...

Jadi, untuk melunaskan keinginan selera, makcik tempah set nasi daging yang sedap ini untuk makanan sekeluarga dari Puan Nadia yang mengusahakan secara kecil-kecilan masakan dari rumah...

Memang seisi keluarga berpuas hati dengan set hidangan ini.
Muhammad Qaid makan nasinya sahaja sampai bertambah-tambah dua kali
(maknanya 3 pingganlah...tapi kalau saiz dewasa sepinggan penuh)
Sedappppp sangat.  Boleh ulang tempah lain kali.

Bagi penduduk sekitar Kuala Lumpur, jika ingin mencuba nasi daging airtangan Puan Nadia ini, bolehlah cuba tinjau dan buat pertanyaan di instagram beliau Chillfoodbyciknad.  Beliau juga menyediakan pes sambal ikan bakar berempah yang sedap lagi mudah untuk digunakan...


10 ulasan:

  1. Kalau Qaid makan tanpa lauk pun bertambah 2 kali
    Apa lagi yg dewasa makan dgn lauk itu yg nak order lagi ye Kakcik:)

    BalasPadam
  2. Jarang2 makan nasi daging ni.
    Kalau ada kambing lagi best.

    BalasPadam
  3. Resipi dah salin..nak masak tunggu minggu tak makan daging. Makan daging kan elok seminggu sekali je..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakcik...sedapnya tengok..:)

    BalasPadam
  5. Nampak sangat sedapnya tu KakCik... lama tak makan...:)

    BalasPadam
  6. nampak pun sedap kak cik, menyelerakan :)

    BalasPadam
  7. Sekadar tengok pun nampak macam sedap aje. Lain kali kalau malas nak masak, bolehlah kot order untuk seisi keluarga ^_^

    BalasPadam
  8. Tengok pun dah tau sedap KC..... Kalau ikutkan mcm tak berapa susah je nak buat nasi mcm tu kan KC...Tapi tulah....penyakit malas ni mmg susah betul nak pergi hihi....
    Daging tu masak kari ke KC?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com