Tarikh : 24/9/2016 hingga 2/10/2016
Tempat : Hospital Pantai Ampang
Sebab : Demam Denggi
...tak tahulah macam mana 'mereka' buat kerja. Menitis-nitis darah keluar... |
...dia rasa sesak nafas dan sakit perut... |
Bangcik dan sepupu-sepupunya datang melawat. Buat lawak pun dia tak mampu nak senyum... |
Dia rasa teringin nak makan minum. Mak dan ayah belikan apa dia minta. Tapi... dia tidak berselera... |
Orang kata, sup ketam elok untuk mereka yang kena denggi. Aku buat sup ketam dan paksa dia hirup... |
Semakin tidak berdaya. Setiap hari seawal pagi (Sekitar 6.20 pagi) aku sudah sampai ke hospital. Mandikan dia sebelum doktor tiba. Bacaan platelet berlumba-lumba jatuh... |
Bila bacaan platelet hanya tinggal 18, dia disorong ke ICU. Yang tergantung itu adalah platelet yang dimasukkan ke tubuhnya... |
Kebosanan di wad ICU |
Setelah platelet mula naik, dia disorong semula ke wad biasa. |
...tertidur keletihan. Bacaan platelet sudah semakin meningkat. |
Akhirnya pada hari ke 9, dia dibenarkan keluar setelah bacaan platelet melepasi 70. Tapi biasalah, berurusan dengan insurans, 5 hingga 6 jam baru selesai... |
Inilah jumlahnya. Boleh pergi Haji! Syukurlah syarikat tempat ayahnya bekerja menyediakan kemudahan perubatan. Alhamdulillah... |
Sepanjang 9 hari itu, dua hari aku berjalan kaki dari hospital untuk balik ke rumah yang jaraknya lebihkurang hanya 1.5km. Walau sedekat itu, aku megambil masa lebihkurang 30 minit untuk sampai. Maklum sahaja dengan badan yang berat, kaki yang sakit dan dada yang semput, aku gagahkan juga diri ini bertongkatkan sebatang payung...
moga adik terus sihat spt sediakala ye kakcik...
BalasPadambila anak msk ward, tak sihat mak mana lah yg tak risau... mau ngn mak2 nya sekali tak lalu mkn
Singgah ptg selasa
BalasPadambz sangat2 x dan nak blogwalking :)
semoga cepat sembuh
Masya-Allah!. Teruk juga adik sampai 9 hari duduk wad -kesiannya
BalasPadamPatutlah tak terjumpa N3 kakcik.
Semoga terus sembuhlah dik.
bill untuk 9 hari, orang macam saya ini kalau takde insurans layak gi GH jelah jawapnya.
BalasPadamSemoga dh sembuh seperti sediakala.
BalasPadamUntunglah ada insurance cover.
Alhamdulillah, satu perkembangan yg positif. Semoga terusan sihat dan kuat. InshaAllah moga sakit ini juga menjadi penggugur dosa buat adik.. Pada saya, kuat kudrat jugalah kak Cik berjalan kaki 30 minit dgn keadaan kesihatan kak Cik sendiri pun tak menentu. Cuma janganlah selalu, nanti kerap pula semputnya; sakit lagi.. Haa saya ni just risaukan kak Cik je. Huhu.
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamterimgat adik saya dulu kena denggi... siap tidur kat hospital jaga dia... alhadulillah sembuh
BalasPadampengalaman terbaik; yang bila orang lain pula mengalaminya, kita boleh kongsikan nasihat dan panduan...
BalasPadamBila baca ayat terakhir tu, terasa sebak pulak hati. Kasih ibukan Kakcik, kesihatan sendiri pun pura-pura buat tak tahu. Tentu penat berjalan walaupun 1.5km aje. Kalau sihat dan kuat, memanglah tak rasa apa.
BalasPadamLama juga di hospital. Bil pun boleh tahan. Kalau takda insuran, memang gigil-gigillah juga nak keluar duit.