Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 7 Oktober 2016

Bersantai-santai...

Tarikh : 23/9/2016
Waktu : Antara 9.30  - 10.30 malam
Tempat : Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Santai-santai sahaja...
Selalunya kami lebih senang keluar berdua kerana kami boleh singgah di mana-mana,
bercakap apa sahaja, tak terkejar-kejar dek masa.  Bukan jauh arah tujuan, tapi

waktu bersama itu yang jadi keutamaan...

Agak tenang dan lengang di tengah denyut nadi kotaraya yang tak pernah tidur...

Kami tidak makan nasi kandar mahu pun menempah bilik hotel pada waktu ini.
Sekadar minum air barli dan En Suami memesan sup kambing.
Sekian lama bersama, sementara waktu masih ada, perlu juga sesekali keluar berdua.
Bercerita atau bersengketa, pengakhirannya biarlah yang baik-baik sahaja...

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum kakcik,
    Dititipkan doa agar kakcik dipermudahkan segala urusan. Dipanjangkan,dibahagiakan jodoh berkekalan. Suami isteri saling lengkap melengkapkan.

    BalasPadam
  2. Santai2 berdua-duaan ye kakcik..
    Best juga tu kakcik..

    BalasPadam
  3. sesekali lepak2 gitu santai2 mmg best kakcik...
    suasana tu yg best kadang2nya

    BalasPadam
  4. semoga kasih kak cik dan bang chik hingga ke syurga .... romantik

    BalasPadam
  5. Kenalah bercinta selalu kan kak cik, takkan waktu muda saja nak dating.
    Alhamdulillah, saya doakan kak cik dan encik suami kekal bahagia till jannah..
    Cam lagu KRU yang terbaru tu.. =)

    BalasPadam
  6. Salam kakcik, seronoknya bersantai-santai.. Lama dah saya kat ke jalan tar.. Wlpn tak jauh sgt dr rumah..

    BalasPadam
  7. sekali sekala amik angin luar.... seronok

    BalasPadam
  8. Baguslah Kakcik. Selagi masih boleh 'berdua-duaan' dan berdating bersama, apa salahnya diamalkan. Dah lama hidup bersama sepatutnya dah faham sangat perangai pasangan sendirikan, Kakcik.

    Seronok tengok Kakcik dan suami loving berdua-duaan begitu ~_^

    BalasPadam
  9. Kiranya beruntung tau KC ni. Walaupun dah pencen tapi dua dua masih sihat, masih kuat berjalan. Seronok saya yang melihatnya. Saya pun harap Allah bagi kesihatan yg baik pada kami suami isteri satu hari nanti.

    Saya ni jarang sangat pergi Jalan TAR KC....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com