Kawan-kawan kakcik

Isnin, 10 Oktober 2016

Angah pula... dan air oh air...

Di wad kecemasan  (Sabtu 8/10/2016)...

Hari ke 2  (Ahad 9/10/2016)

Hari ke 3 (Isnin 10/10/2016)

Pada masa yang sama, bekalan air terputus.  Sedar-sedar tiada setitik air keluar dari paip.  Rumahku mempunyai tiga tangki air yang besar, kerana itulah ketiadaan air hanya disedari selepas tiga hari bekalan sebenarnya sudah terputus.  Namanya manusia, kan?  Leka ketika senang dan tidak beringat atau bersedia.  Bila sudah ditimpa musibah, barulah tahu berkeluh-kesah dan ingat pada Allah.  Begitupun, masih juga merasakan diri tidak bersalah, orang lain juga yang hendak dipersalah...

9/10/2016 - Lori tangki air dari PUSPEL datang pada waktu Maghrib.
Selagi ada bekas besar yang boleh diisi, semuanya dibawa keluar oleh En Suami dengan bantuan anak-anak.

11 ulasan:

  1. susahnya bila takde air kan bonda...harap angah cepat sembuh la hendaknya..

    BalasPadam
  2. selamat pagi isnin
    susah kan x de air

    BalasPadam
  3. ye la kakcik, entah sampai bila masalah ni nak selesai

    BalasPadam
  4. Angah pun kena juga - kesiannya.
    Ujian tak ada air tak berkesudahan Kakcik sana-sini.

    BalasPadam
  5. moga abg ngah cpt sembuh ye kakcik...

    mmg masalah bila air tkade nih... nk mengangkut air lg 1 hal

    BalasPadam
  6. Susahnya bila takde air..
    Saban tahun kita di duga dgn masaalah yg sama..bilalah nk selesai masaalahnya..

    BalasPadam
  7. Tak boleh tahanlah Kakcik kalau takda air. Nak pujuk-pujuk hati suruh tenang pun tak tahu macamana gayanya. Tapi itulah, masa banyak air leka membazir. Bukan sengaja tapi dah terbiasa kotnya. Sikit-sikit guna air berlebih-lebihan. Bila takda air, masa itulah baru nak insaf tak nak membazir air lagi...

    BalasPadam
  8. Lama jugak tak de airnya tempat KC ye....Kalau 3 hari pili kering, mau menangis saya KC. Saya hari tu sehari tak de air pun dah rasa mcm tersiksa je kekdahnya.
    Bab bab nak mengangkat air ni yg tak tahan KC. Nasiblah abg Sado ada ye KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com