Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Jun 2016

'Ayah Untuk Disewa'...

Eh... aku dah tak ada ayah untuk disewakan.  Ayah anak-anakku pun aku tak akan sewakan walaupun beliau cuma pinjaman dari Allah SWT untukku...

Tajuk di atas itu adalah tajuk drama yang disiarkan di Astro malam tadi (20/06/2016). Aku pun tidaklah berminat hendak menonton kisahnya kerana bagi aku 'entah apa-apa sahaja'.  Lakonan pelakon wanita yang sangat memualkan gaya percakapannya (slang minah saleh kononnya) sudah cukup membuatkan aku memekakkan telinga.

Dah begitu, buat apa aku tengok?  Sajaaaa...sebab nak tengok model / pelakon cilik Nik Adam Mika menggayakan kurta dengan seluar pelikat keluaran Darwish Rich Design dalam drama itu. Walaupun hanya satu babak, rasa terujalah juga...



Mudah-mudahan perniagaan DRD akan terus bertambah maju dengan izin Allah SWT.  Aamiin...


Saja nak tunjuk :

...tiba-tiba teringin nak makan kari telur dengan kentang,
maka dimasaklah untuk berbuka semalam dan hanya habis waktu sahur tadi...


11 ulasan:

  1. Huhuuu..sebab tu saya tak tgk citer melayu. Annoying sgt.

    BalasPadam
  2. Baju budak Qari Junior pun DRD punya design kan Kakcik.
    Cantik-comel aje bebudak tu pakai.

    Rumah kakak tak ada astro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...DRD taja pakaian peserta lelaki Qari Junior (ada penaja lain juga)... :)

      Padam
  3. memang mengarut sangat la drama melayu sekarang ni..tajuk pun dah apa2..isi cerita kosong dan tak berinspirasi kepada penonton, Ahli panel TV tak ada buat teguran atau tak perasan ke...

    BalasPadam
  4. Aduhai tajuk drama! Dah takda modal lagi kot nak buat tajuk apa. Kalau saya pun, tak ingin nak sewakan ayah sendiri!

    Wah, makin maju bisnes DRD ni. Baguslah! Nama pun usahawan Melayu. Kita doakan ajelah semoga perniagaan ni makin berkembang maju.

    BalasPadam
  5. kakcik nih ingat dia tgk cite tuh... tajuk mcm best tp tgk pelakon mcm tak best mmg tak tgk...
    baik layan rancangan msk2 korea heehhehe

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum kak..betul..PC tengok juga tapi tak fokus...kalau tengok pun part budak-budak bertiga tu bergadug..hihihihi..

    BalasPadam
  7. mak, harap2 produser tak baca blog mak... heheh

    BalasPadam
  8. Kalau saya pun bangga KC hihi DRD sponsor ke KC?
    Jarang sangat saya masak kari telur. KC buh apa ye nak bagi sedap sebab telur kan tawar jer rasa dia

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com