Kawan-kawan kakcik

Ahad, 19 Jun 2016

Dugaan di bulan Ramadhan...

Mula-mula Muhammad Qaid masuk wad...

...semasa menjaga Qaid di wad, mommynya dapat khabar rekaan DRD telah diciplak.
Punyalah 'pandai'  penyangak itu, kan?  Guna teknik photoshop, sewenang-wenangnya
tukar kepala model, tukar warna pakaian dan padam watermark DRD letak watermark
sendiri. Hmmmm... kalau penyangak ini Muslim, menjawablah kau di sana nanti...
Dua hari selepas  Qaid keluar hospital, mommynya pula terpaksa masuk wad.
Dijangkiti rota virus dari Qaid.  (gambar dari instagram Heliza Helmi)
Bengkak muka mommy Qaid kesedihan.  Sedang sarat hamil dan terpaksa
dipisahkan seketika dari Qaid bimbang Qaid terkena virus semula.
Mungkin Allah hendak beri sesuatu yang lebih baik maka diturunkan dulu ujian buat kami.  Di sebalik itu, baru-baru ini En Suami telah menerima imbuhan (bonus) dari syarikat tempat beliau bekerja.  Mungkin kecil jumlahnya bagi orang lain, tapi besar nilainya bagi kami.  Satu jumlah yang En Suami sendiri tidak menyangka.  Alhamdulillah.  Dapatlah digunakan serba sedikit membayar apa yang perlu dibayar dan selebihnya untuk persiapan hari raya yang bakal tiba.

'Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka'

19 ulasan:

  1. Insyallah semuanya akan dipermudahkan.....manakala rezeki dari Allah datang dalam pelbagai segi. Kadang-kadang kita tak mampu memikirkannya..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Kakcik,

    Allah hu.. Allah menguji setiap hambanya samaada berat mau pun yang ringan. Muga cucunda Qaid bertambah sihat dan mommynya pula cepat sembuh.

    BalasPadam
  3. Subhan Allah...pasti berhikmah kak...moga mommy Qaid dan baby dalam peliharaan Allah SWT..moga Allah memberi kekuatan semangat kepada keluarga Qaid..ameen..

    BalasPadam
  4. semoga mommy Qaid cepat sembuh ya kakcik, lepas satu satu lagi ya dugaan Allah
    harap kakcik bersabar lah ya, tapi disebalik ujian ada jugak berita gembira yang ALLAH bagi syukurlah di atas limpahan rezeki du bulan ramadhan ni kakcik kan

    BalasPadam
  5. Allah...semoga sihat segera qaid dan mommynya...tengah pregnant pula tu ye. Yang photoshop tu tangan dia sama kann..kepala tah anak omputih mana dia pakai...

    BalasPadam
  6. Allahurobbi... mommy Qaid pulak kena. Baru nak rehat selepas jaga anak sakit dia pulak kena. Kesian betullah Kakcik. Sementara ini Qaid bolehlah kakcik jagakan dulu. Atau auntie Ija dia jagakan. Semoga cepat berlalu..

    Alhamdulillah imbuhan yg atok dpt bolehlah membantu banyak hal. Rezeki dari setiap kesabaran kakcik.

    BalasPadam
  7. Watermark tu lain kali letak di tengah-tengah gambar kakcik.
    Memang ujian betul..

    BalasPadam
  8. dugaan ramadhan tahun ni ye kakcik.... lps Qaid ni emaknya pula....
    moga mama Qaid cpt sembuh... kesian lah ngn sarat mengandung kene ddk hospital msti tak xselesa

    * manusia nih mmg kt mana2 ada yg suke amik kesempatan kakcik... nk dpt duit mudah

    BalasPadam
  9. semoga cepat sembuh mmummy qaid...
    yang edit gambar tu memang pakar dalam photoshop kak.. pandai dia buang watermark

    BalasPadam
  10. semoga dipermudahkan semua urusan dan semoga mama qaid cpt sembuh..

    BalasPadam
  11. semoga dipermudahkan segala urusan kak cik dan keluarga...;)

    BalasPadam
  12. Allah..semoga ada hikmah tersembunyi mak

    BalasPadam
  13. Cam mana leh ada heliza tu kak. Moga mommy qaid cepat sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mommy Qaid dan Heliza berkawan baik...

      Padam
  14. tergamak dorang kan mak? org lain penat berniaga, dia senang2 ciplak mcm tu je...grrr...
    semoga qaid dan mamanya cepat sembuh seprti sediakala hendaknya...ameen...

    BalasPadam
  15. Allah, semoga cepat sembuh mommy qaid. nampak cantik heliza seperti biasa

    BalasPadam
  16. Senang-senang aje nak tiru ya, Kakcik. Kalau tengok sekali memang tak perasan tapi bila buat perbandingan macam tu, nampak sangat fakenya.

    Oh, berjangkit pulak virus ni ya! Ingatkan kena pada budak-budak aje. Semoga semuanya cepat kembali sihat. Datang satu dugaan, seribu nikmat lain Allah nak beri agaknya, Kakcik!

    BalasPadam
  17. Sabar ye KC..... Moga mama Qaid cepat sembuh
    Laki saya dah lama tak ada bonus KC....hadap duit gaji ajelah.

    BalasPadam
  18. Next time p buat TRADEmark gak agar boleh saman macam kain pelikat artis lawak gemuk tuh. Bukan WATERmark je
    Rasanya masih sempat gi patenkan design tersebut sebelum kakcik lak kena saman. Good luck! Biz perlu ada ilmu - ajijahn osman. Lol

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com