Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Mac 2016

Isi hati seorang isteri...

Baru-baru ini, seorang bekas pengurus di syarikat tempat suamiku bekerja telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.  Kebetulan, pada masa yang sama suamiku bersama ketuanya dan seorang rakan sekerjanya bertugas di luar daerah. 

Bila suamiku pulang dan bertemu dengan jiran-jiran, ada di antara jiran kami (mungkin dengan maksud bergurau) berkata kepada suamiku : 'aku fikir kau yang kena tahan dan didakwa itu'. Hal ini diceritakan semula kepadaku oleh En Suami dengan gelak ketawa.  Baginya, semua yang orang kata kepadanya hanyalah sekadar gurauan semata-mata.  Tapi tidak bagiku yang mendengarnya. Bagiku, bukan semua yang terlahir di mulut itu adalah gurauan.  Kadangkala ia adalah apa yang terdetik di hati lalu keluar antara dua bibir tanpa dapat ditapis... (Oh...mungkin kerana mengambil serius semua kata orang, maka itulah membuatkan wajahku kelihatan lebih tua berbanding suami).

Sebenarnya rasa rendah diriku sangat kuat.  Di kejiranan kami, aku selalu menganggap keluarga kami adalah keluarga yang paling 'miskin'.  Saat jiran-jiran menambah bilangan kereta atau mengubahsuai rumah, kami tetap juga dengan kereta lama yang sudah sembilan tahun usianya dan perabot yang tidak pernah berganti bertahun-tahun lamanya.  Begitu juga bila seorang demi seorang anak-anak jiran menempa kejayaan dalam bidang pelajaran mahu pun pekerjaan, anak-anakku hanya biasa-biasa sahaja (pun aku tetap bersyukur bila anak-anak tidak terjebak dalam gejala sosial yang boleh memusnahkan kehidupan).

Dek kerana rasa rendah diri itulah, walaupun hanya gurauan (sekiranya betul sekadar bergurau), ia meninggalkan bekas dan calar di hatiku...

18 ulasan:

  1. Ye la kakcik..
    Kalau terima rasuah tak kan lah hidup kita sedaif itu kan..
    Tak lah bermewah-mewah..
    kekadang mereka mudah berkata tanpa memikir perasaan orang lain..
    Walaupun sekadar gurauan..

    BalasPadam
  2. Nak bergurau pun ada batasannya kan kak...jangan sampai gurauan itu mengaibkan..mengguris hati orang lain...yang sedihnya orang gunakan istilah "gurauan"untuk lempiaskan rasa dihati..

    BalasPadam
  3. Abang yg kakak kenal memang jenis tak mudah ambil hati itu yg org suka-suka aje cakap gitu kakcik. Kita ni perempuan mudah terasa apa lagi isu sensetif.

    Sebenarnya anak kakcik dah lebih dari berjaya. Beruntung Along jadi lelaki idaman para ibu-bapa. Kakak kalau boleh mati nak anak yg jadi imam. Tak dpt anak sendiri kalau boleh nak ada menantu jadilah macam Along.

    BalasPadam
  4. bergurau skali pun... kekadang x sedar yg kita ni dah guriskan hati org lain..
    huhu

    BalasPadam
  5. Apa yang kakcik tulis itu terkesan di hati. Perasaan rendah diri yang ada dalam diri, namun saya cuba pujuk hati, itu rezeki mereka, untuk saya tetap ada cuma tak tahu bila.

    BalasPadam
  6. alahai mak..jangan la mcm ni mak..sobs!~

    BalasPadam
  7. Saya selalu katakan pada hati...bersangka baik..bersangka baik..namun itulah hakikatnya kakcik...kdg keluar juga cerita terasa dihati saya dibloq suam suam saya tu...dan ada komen2 yg suruh saya bersangka baik atau berkata itu hanya gurauan...bergurau boleh tetapi cubalah melihat bagaimana situasi bergurau itu harus terzahir...Bersederhana itu adalah yg terbaik kak...peduli lah apa kata org....yg penting kegembiraan hidup kak dan keluarga...

    BalasPadam
  8. bergurau tu perlulah kena pada masa dan tempatnya, jagalah juga sensitiviti orang lain kan

    BalasPadam
  9. sy br terbaca kt blog ija rashid:

    14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih)

    ...nauzubillah...be positif kak cik ;-)

    BalasPadam
  10. Sangka baik.... mungkin betul macam kata kakZakie.. jiran2 dah kenal suami kakcik..itu yg bergurau macam tu...

    Jangan rasa rendah diri kakcik.... makchaq pasti jiran2 rasanya teruja tengok keluarga kakcik yang bahagia, anak2 yang baik akhlak, suami yang penyayang....
    itu lebih susah nak dapat dari kekayaan material..

    BalasPadam
  11. Betul la kak chik. Bagi saya gurauan yg keluar daripada mulut seseorang itu ada apa yg terlintas di hati dia. Pasal rasa rendah diri tu, kebetulannya saya pun ada juga rasa yg sama kak cik. Kereta saya buruk lagi lama usia dia drpd kereta kak cik. Org2 lain membeli aset, saya dan suami hidup biasa2 sahaja, perabot dalam rumah pun banyak yg beli ada. Ada plan nak beli tapi kumpul sikit2 setiap bulan. Huhu. Sedih kan?

    BalasPadam
  12. kalau ana pun kak cik terasa hati dengan guaraun macam tu, tak kisah lah kak, rumah kita biarlah cara kita kak,asalkan seisi rumah di dalam keberkatanNya dan bahagia hingga syurga, amiin.

    BalasPadam
  13. salam makcik..dil yang baca pun terasa..susahnya orang yang semua benda jadi gurauan...
    p/s:makcik ..dil pun selalu rasa rendah diri..huhuhu

    BalasPadam
  14. Memang kita ni isteri selalu pikir yang terbaik buat suami dan anak-anak kan, terkadang tu memang terdetik juga di hati nak perabot baru, kereta baru.namun keadaan kewangan suami kita tak mengizinkan, So bersyukur dengan yang ada insyaAllah ada rezeki pasti kita boleh dapatkan apa yang kita hajati

    BalasPadam
  15. Moto saya dah 10 tahun.kereta saya dah masuk sembilan tahun......bulan depan habis bayar kereta. Jadi, saya "debt free"....of course rumah masih berhutang....hati saya senang...hidup tanpa hutang....jiran tetangga ada yang pakai merc, bimmer etc....mereka cepat sampai...saya lambat sikit sampai...tapi masih sampai..hujung bulan saya senyum....depa muka masam.....

    BalasPadam
  16. KC janganlah ambik serious sangat.... relaxlah .....
    Buat tak tau sudah, tak payah pening kepala nak pikir benda kecik gitu. Tak perlah tak bertukar kereta pun, janji hati kita senang tak payah berhutang. Sebenarnya org yg tak berhutang ni org kaya tau KC.

    BalasPadam
  17. Dayah selalu rasa rendah diri nih. Paham sangat.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com