Semalam (10/2/2016) - suamiku berusia 56 tahun. Alhamdulillah, Allah masih beri beliau kesempatan dan peluang untuk terus berada di atas muka bumi ini. Ada yang tidak percaya bahawa suamiku sudah pun 56 tahun usianya. Ada yang berkata beliau kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenarnya.
Tiada apa-apa petua atau rahsia pun. Tahun ini kami akan memasuki usia 30 tahun dalam alam rumahtangga. Sebagai isteri, sudah tentu aku tahu sakit pening, demam atau apa sahaja tawa tangisnya. Memang tiada rahsia. Cuma suamiku seorang yang ceria. Jovial kata orang kampungku. Apa sahaja orang kata tentangnya, jangankan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, bahkan tak masuk langsung. Dia buat pekak sahaja.
Dia suka bergurau. Suka menyakat anak-anak saudaranya. Bergelak ketawa bersama mereka. Dia lebih sayangkan kanak-kanak berbanding dengan diriku sendiri. Mudah bersimpati dengan mereka yang dalam kesusahan kerana dia (dan aku juga) pernah hidup susah.
Bagaimanapun, dia cuma insan biasa. Ada waktunya, anginnya naik juga. Bila dapat membebel, jangankan anak-anak, aku sendiri tak kuasa hendak mendengar...hahaha...
Along sudah lali bila disangka adik-beradik dengan ayahnya sendiri. Malah lebih sadis (kejam) bila ada yang menyangka Along adalah abang kepada ayahnya! |
Ramai yang menduga bahawa isteri kepada suamiku ini lebih tua beberapa tahun. Tak mengapalah. Janji bahagia. Apakah definisi bahagia itu? Ia bukan berkaitan dengan hadiah mewah atau harta bertimbun. Ia adalah saling mengerti dan saling percaya mempercayai serta berlaku jujur sesama sendiri. |
happy belated birthday utk hubby kakcik, nampaknya usia hubby kita samalah kakcik hahaha beza sehari je, hubby kaknoor 9/2, hubby kakcik 10/2 pun dh 56 thn, mmg nampak muda ye kalau org suka senyum ni
BalasPadamhappy birthday buat imam kak cik, semoga berbahagia hingga ke syurga, betul tu kak cik ,hidup kena selalu heppi baru nampak muda kan.. :)
BalasPadamMoga akak dan suami terus berbahagia di dunia hingga syurga Allah...moga suami akak dan akak diberi kesihatan yang baik..amin..
BalasPadamMemang nampak muda pun suami kakcik ni. Hbd pada suami akak.
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamRaut wajah Kakcik dan suami mirip sama.
happy besday buat suami kakchik. sama pulak tarikhnya dgn ky.ye orang yg happy selalu nmpk lebih muda..
BalasPadamSebab itu hubby kakak pun tak percaya abang dah 56 tahun. Dia nak panggil abang macam tak sedap lalu dipanggil sheikh aje kan kalau kakcik perasan masa mereka berbual.
BalasPadamSelamat ulangtahun ke 56 dari kami sekeluarga.
Selamat berbahagia untuk husband kakcik. Saya teringin nak jd kebal mcm tu, tapi sayalah yg paling lemah semangat. Sbb tu agaknya saya rada makin tua.
BalasPadamTp..yer lah. Janji kita bahagia yer kak...
selamat ulang tahun kak.. semoga kekal bahagia bersama suami hingga ke syurga
BalasPadamSelamat Ulang Thn yg ke 56 buat suami kakcik...biarlah apa org nak kata kak..janji akk suami isteri anak beranak hidup aman bahagia...
BalasPadamayah suka senyum tu yang awet muda tu ;)
BalasPadamaah la kakcik, kalau along ngn ayahnya nmpak ayahnya lg muda hehehe... mungkin sbb along lg tinggi n berjambang nmpak lg matang dr ayahnya...
BalasPadammmg manis muka suami kakcik... itu jd awet muda kot...
teringat abah kt kampung, dia bermuka serius n garang tp bila dia bergurau n ketawa ngn kami rasa hilang muke garang tuh...
happy belated besday abg chik ....
BalasPadamsemoga panjang umo murah rezeki
Tiket DFKL 2016 Normal | WOW Shopping
BalasPadamhttp://www.wowshopping.com.my/product/tiket-dfkl-2016-normal Rashia TUA rosyam nor. Huhu
wow.. tahniah hepi bzday utk en somi... kalau lah 30 tahun usia perkahwinan kami,.. entahle, harap2 saat itu akan tiba dan kami mampu mengecap kebahagiaan selama2nya..
BalasPadamTak jauh rupanya tarikh bezday suami KC dgn bezday Pak Jilap rupanya....
BalasPadamHepy belated bezday utk suami KC, semoga dilimpahkan keberkatan hidup oleh Allah.
Terima kasih berkongsi rahsia awet muda, lepas ni saya pun nak cuba petua tu hihi... Biasalah KC, hidup berumahtangga namanya, hanya kita je yg dapat hadam perangai suami sendiri hihi....
awet muda abg bob hehe
BalasPadam