Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Februari 2016

Laksa Johor yang sangat-sangat sedap...

Gaya hidangan bagai di restoran mewah...
...sampai segan rasanya hendak mula makan...
Bagi yang tak tahu, 'laksa' Johor adalah dari spaghetti dan kuahnya sangat pekat likat...
...hahaha, dah pusingan ke dua baru teringat hendak ambil gambar.
Tak senonoh sungguh!

Oh...laksa Johor yang tersangat sedap ini bukannya didapati di mana-mana restoran.  Ini adalah hidangan kasih-sayang yang disediakan penuh ikhlas oleh blogger Azian Elias untukku (perasan pula aku ni...).  Dalam keadaan dirinya yang kurang sihat, Yan gagahkan juga menyediakan laksa Johor yang sedap ini buatku walaupun sebelum ini aku hanya mengusik-usik teringin nak makan.  Tak sangka beliau sanggup bersusah-payah menyediakannya.

Untuk membuktikan laksa ini memang sedap, suamiku yang memang tak pernah suka makan laksa Johor boleh bertambah makan hingga dua mangkuk.  Memang tersandar kekenyangan. Alhamdulillah.  Terima kasih banyak-banyak Yan.  Terima kasih daun keladi ya... :)

19 ulasan:

  1. Adui kakchik sedap sungguh nampaknya. Nak buat memang idak le. Pernah dulu makan kat kedai sedap..tapi dah lupa kedia mana

    BalasPadam
  2. dulu tak pandai makan laksa johor...hehehee.. sekarnag ni baru belajar makan.. biasa duk makam laksam je

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... Baru betul puas ni kakcik
    Kalau di pasar malam sini boleh katakan mesti ada jual laksa Johor

    BalasPadam
  4. Mmg peberet aina laksa joho ni.. mmg tekak joho! hihihi.. terliuq tengok gambar pepagi. =)

    BalasPadam
  5. Ya allah mak! laksa johor mcm ni la yg menjadi idaman saya! setiap hari saya boleh makan tau kalau ade ;)

    BalasPadam
  6. Laksa Johor ni memang sedap bila kena orang yg pandai membuatnya..
    Kalau suami kakcik yg tak makan pada mulanya..
    Pun kata sedap.. memang sedap sunggulah Yan tu buat..

    BalasPadam
  7. jelesnye... dana nk request jgk lah nih... mmg kalah restoren mewah persembahannya tuh kakcik

    BalasPadam
  8. Adoi ingat nak tanya kat kedai mana...rupanya kat kedai khas dalam rumah kak yan.

    Kakcik try makan kat area foodcourt kedai sebelah studio 5 tu. Laksa johor dia saya hirup kuah2 sekali. Saya ni paling susah hirup kuah la. Tapi tu ler semangkuk dah RM10 kot.

    BalasPadam
  9. PC orang johor..tapi tak pandai buat laksa johor alahai...makan pandai la kalau PC ni kak...hihihi...

    BalasPadam
  10. Orang Johor memang rajin bab memasak ni.... kalau tengok resepi masakan depa... macam2 bahannya.. nak buat kuah laksa pun guna isi ikan, isi udang, udang kering. isi ikan masin..belum masuk rempah2 serai lengkuas lagi...
    Untung sungguh kakcik dapat laksa johor kasihsayang ni....

    Harap2 kalau ada gathering nanti Yan masakkan laksa Johor...

    BalasPadam
  11. tak pernah merasa lagi kakcik..tp nampak sgt2 sedap

    BalasPadam
  12. Tengok gambo pun dah tau sedap KC.....Adoiiii, saya pun terliur ni tau KC. Lama dah tak makan....
    Murah rezeki KC dan org yg memberi tu...

    BalasPadam
  13. kakcik lepas ni cuba kakcik oder burasak dengan sambal goreng jawa pulak dari tuan rumah tu..he..tetapi jangan lupa ajak nekcik sekali ye...
    nekcik makan kuah laksa johor cicah roti kakcik..tak makan dengan spagheti..ha..ha..jangan mare ziyaan

    BalasPadam
  14. Meleleh tgk.. mujur dah mkn sabtu lalu. dulu2 tak suka laksa johor ni tp lepas rasa time open house umah mertua terus suka.. sedapnya la hai.. nampak pekat sgt kuahnya.

    BalasPadam
  15. Masa mula2 saya tgk gambar tu dlm FB, mmg igt makan kat kedai! hahahaha..tu pasal saya tanya nama restoren nya.

    Kami kat Johor, ada yg makan laksa ni guna tangan je...hahaha

    BalasPadam
  16. salams kak

    sedapnya....dah lama sangat saya tak makan laksa johor...

    BalasPadam
  17. terliur tengok makanan, memang sedap sbb saya org johor,.. cubalah baryani gam, mee bandung bt pahat.. konpem nak jadi orang johor

    BalasPadam
  18. sedapnya...lama tk mkn laksa johor..tgk gmbr ni terliurrrrrrrrr

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com