Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 5 Februari 2016

Memori Cinta Suraya - satu lagi drama bersiri yang 'membunuh' tata-susila Melayu...

Gambar dari :
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/08/08/lpf-memori-cinta/

Dahulu aku pernah menulis tentang drama Cinta Ibadah.  Kali ini aku rasa hendak menulis pula tentang drama Memori Cinta Suraya ini.  Khabarnya drama ini adalah adaptasi dari telenovela Mexico yang bertajuk A Love To Remember.  Drama 148 episod ini mengambil masa penggambaran selama setahun.

Aku tidak mengikuti drama ini dari siri ke siri, cuma sesekali menonton secara sambil lalu bila anakku menontonnya.  Walaubagaimanapun, sebagai seorang tua (Iya, aku sudah tua), walau menonton sekali sekala, hatiku jadi terluka.  Adab sopan dan tata-susila Melayu yang kononnya penuh kelembutan telah hilang sama-sekali dalam drama ini.

1 - anak beranak (mak dengan anak), membahasakan diri I dan YOU sahaja

2 - anak tidak menghormati orang tua

3 - bahasa kasar diucapkan dengan selamba tanpa tapisan, contohnya perempuan sundal, sial dan seumpamanya

4 - bersekedudukan  sementara menanti hari perkahwinan

5 - mengandung luar nikah seolah-olah adalah sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita

6 - watak wanita yang tiada maruah.  Wanita bersuami selamba menggoda lelaki lain dan adegan itu ditunjukkan walau secara 'sipi-sipi', tetap boleh difahami

7 - bapa yang berusaha untuk memikat isteri kepada anak sendiri

8 - pakaian yang langsung tidak sesuai, hinggakan menghadiri kematian pun memakai gaun pendek 

9 - seolah-olah Malaysia ini tiada polis.  Pembunuh boleh menyorok di rumah usang (di sini pun ada watak emak yang sempat menggoda teman anaknya) dan dikunjungi dengan bebas oleh anggota keluarga tanpa dapat dikesan oleh pasukan keselamatan

10 - sewaktu di penjara, masih boleh merancang agenda jahat bersama saudara yang berkunjung. Pegawai Penjara itu tunggul ke?  Tidak mendengar perancangan secara terang-terangan melalui telefon sebalik cermin itu?

Eh...banyak sangatlah yang menyakitkan hati bila menonton drama SAMPAH (bak kata Daddy Ziyyad) ini...

Bagaimanalah drama begini boleh dilepaskan untuk siaran dan tontotan?

Para pelakon yang melakonkan watak-watak SAMPAH itu tidakkah ada perasaan malu? Adakah semata-mata kerana wang, sanggup tergedik-gedik berlakon walaupun lakonan bagai tunggul mati?

21 ulasan:

  1. bila baca tulisan mak hati meronta nak menonton lakonan sampah ni

    BalasPadam
  2. sesekali de jugak tengok cerita tu. tapi... hmmm... payah nak cakap. Cinta ibadah dulu pon macam tu jugak.. amende tah

    BalasPadam
  3. Sudah diadaptasi dari Novel Mexico kakcik..
    Begitulah hasilnya.. SAMPAH..
    tak sesuai langsung utk dijadikan tontonan ..
    Lebih2 lagi anak2 muda..
    Bila membaca entri kakcik..
    Saya yg tak menengok pun rasa geram..

    BalasPadam
  4. memang tak layan pun cerita ni.pelakonnya semua saya x minat

    BalasPadam
  5. Saya cuba beberapa kali tengok, tp tetap tak boleh masuk. Pada saya better lg sesetengah drama adaptasi novel.

    BalasPadam
  6. Tak pernah walau sekali tengok kakcik.. lepas baca entry kakcik, nanti nak try tengoklah.

    BalasPadam
  7. copp kak...saya tak tengok...hahahaha...cerita mengarut la sis..sama mcm cerita cinta ibadah...huhu

    BalasPadam
  8. Mak... Teruk rupana cerita tu ye. Pernah tgk sekali nmpk la adegan i you mak dan anak tu. x berkena tgk cerita tak brp melayu tu terus tak tgk lg

    BalasPadam
  9. banyak lagi sekarang ni drama adaptasi yang mengarut kan kakcik,yelah adaptasi dari negara luar budaya dan agamanya jauh sekali dengan budaya dan adap kita.

    BalasPadam
  10. Kakak memang tak tengok langsung kakcik. Mungkin dari saluran yg tak sampai utk siaran tv biasa. Sedih bila itu yg dipaparkan kepada masyarakat kita.

    BalasPadam
  11. Saya ada pernah melihat sekali. Memang nampak kurang banyak adabnya. Paling tak best bila ramai orang Islam dalam tu melakonkan watak yang macam kurang sesuai dengan adab orang Islam. Bila pk2 balik betullah kata Nabi SAW. Jika tak MALU manusia ni akan buat sesuka hati sahaja. (Kena tengok balik hadisnya,saya tak berapa mahir. Cuma ingat apa yang pernah ustaz cerita di Masjid dan surau. Wallhualam.)

    BalasPadam
  12. PC tengok sekali je kak..lepas tu langsung tak tengok..entah tak ada rasa nak ulang tengok..

    BalasPadam
  13. apa punya drama sampai beratus-ratus episode ni, dah macam sinetron pulak..

    BalasPadam
  14. Ada gak sesekali tengok. Nak tengok Anzalna je. Hahaha. Pasal jalan cerita semua ermmmm tak fahamlah..malas fikir..cerita malas fikir bagi kita.

    BalasPadam
  15. Mula2 dulu tengok juga mcm menarik tau2 lama2 makin mengarut entah apa2..betul mcm kakcil senarai tu..kalau nak adaptasi filem luar pun agak2lah sesuaikan dengan budaya kita..paling tak tahan polis mcm bodoh je dlm cerita ni..hehee..kesian kat polis M'sia yang distandarkan begitu rupa...

    BalasPadam
  16. Assalam kakcik. Sebab tu saya tak menonton tv walaupun kerja di stesen tv.

    BalasPadam
  17. salam... sokong 100%, drama sekarang seolah2 dah tiada nilai2 moral, hanye mingin mengejar keuntungan sehinggakan nilai2 murni dipinggirkan, cuma cerita Wedding Planner je macam terkecuali, tiada adegan pegang2 oleh pasangan suami isteri watak utama, cuma kekadang terasa macam tiada ummph,.. tu la kan mentaliti penonton drama di malaysia sudah dijajah!

    BalasPadam
  18. Tuhan yang 'salah' SEBAB:

    1. Cipta iblis jahat

    2. Yahudi bijak

    3. meLAYU minda ngok

    4. Etcs

    Tuhan MAHA nguji. Dunia tempat harungi peperiksaan hidup.

    Good luck, guys!

    BalasPadam
  19. kaknoor dh lama tk tengok tv sesekali je tengok news itupun kalau trpaksa, telenovela mmg dh bertahun2 tinggal kakcik, mmg tk bgus sngt lah tengok terutama utk anak2 remaja yg suka bebas lepas tu aduh!!! malaysia ku dimana kah tatasusila kemelayuan itu kan walaupun hanya drama adaptasi kena lah fikirkan jugak ye dak kakcik

    BalasPadam
  20. Saya tak ikut drama ni KC....sebab pelakon dia tak de yg saya minat hihi...
    Tulah kan ....susah jugak rupanya nak menerbitkan sebuah drama ni ek...

    BalasPadam
  21. saya tak ikut drama ni kakcik... sebab lama sangat episodnya... sampai 100++ episod... mmg tak jadi kerja la gamaknya... hahaha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com