Hahaha... tajuk bukan main. Kononlah bukan kerana nama sebab dah bertahun-tahun menulis masih tak berupaya menarik perhatian sesiapa. Cuba kalau tiba-tiba jadi terkenal sekelip mata, silap-silap sudah tak sedar diri sendiri siapa! Pantang 'tercuit' terus sahaja nak tunjuk sombong. Tak boleh ditegur dan tak boleh dipertikaikan lagi...
Sebenarnya, aku hendak bercerita saja. Aku ni kan, bila pergi ke mana-mana atau makan di mana-mana, kalau aku suka, aku akan tulis tentang tempat itu. Pemilik tempat itu pun tak tahu bahawa aku menulis tentang tempat mereka. Iyalah, aku bukan blogger popular yang boleh meminta-minta untuk dibayar atau dijemput untuk menulis. Aku masih sedar diri...
Kalau akhirnya ada yang tahu tentang apa yang aku tulis, tak mengapalah. Jarang sekali aku menulis yang 'tidak-tidak' pun. Jadi, aku tak takut apa-apa. Hanya aku berharap bila aku tulis yang baik-baik, akan jadi pendorong untuk orang lain singgah di tempat berkenaan. Itu sahaja.
Baru-baru ini aku menerima hadiah berupa seutas (atau sebuah?) jam tangan. Hadiah yang aku tak pernah sangka akan menerimanya. Aku pun tak tahu atas sebab apa aku dihadiahkan jam yang agak mahal bagiku ini. Memang aku ada menulis tentang 'perniagaan' pemberi hadiah ini sama ada di blog sunyiku ini dan juga di lama Trip Advisor. Tulisanku itu pun bukan ramai yang membacanya. Mungkin mereka menjumpai tulisanku itu atau hanya atas dasar 'menjalin persahabatan'. Wallahhuaklam. Apa-apa pun aku sangat bersyukur dengan rezeki ini. Syukur pada Ilahi dan terima kasih kepada yang memberi. Semoga perniagaan anda akan terus berkembang maju lagi. Aamiin...
Ice Watch Swarovski |
alhamdulillah mak..sapa sangka kan rezeki yang tak dijangka dari satu benda yang kiter tak harap kan ;)
BalasPadamBenar. Bila Allah hendak turunkan rezeki, pelbagai caranya... Alhamdulillah. :)
PadamWow....kakcik review restoren / hotel apa tu? Dpt jam cantik.
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamSebuah tempat milik 'orang kita'... :)
alhamdulillah. rezeki yang tak disangka kakchik
BalasPadamtahniah ... berkat keikhlasan dalam menulis tu kan ...
BalasPadamAlhamdulillah... :)
PadamAlhamdulillah...biarpun kakcik rasa sumbangan kakcik kecil jer..tp pada mereka sgt berharga kak...
BalasPadamSyukur pada Allah... Dia yang menentukan rezeki kita... :)
PadamItulah kakcik keikhlasan hati sukar ditafsir hatta diri kita sendiri
BalasPadamTapi Allah melihat walau tanpa niat apa pun di hati kakcik, ini dikira ganjaran (rezeki solat dhuha tu kakcik). Alhamdulillah..
Bila kita terlalu mengharap dan harapan itu tinggal harapan, kita mungkin rasa kecewa. Jadi, tinggalkan segalanya kepada Allah kerana Dia yang lebih berhak menentukan... :)
PadamAlhamdulillah rezeki tak diduga.. datangnya pulak dari pelbagai bentuk.. ;)
BalasPadamAlhamdulillah... :)
PadamWah cantik dan mahal tu kakcik..rezeki
BalasPadamSyukur Alhamdulillah... :)
Padamwah alhamdulillahh rezeki tu kakcik
BalasPadampernah tengok jugak jam ni kat fb
mmg mahal giler kalau bandingkan dgn duit kita
Ya, kakcik dah semak harganya. Bukan tak ikhlas menerima, tapi sekadar ingin tahu... :)
Padamhttp://www.11street.my/productdetail/macyskorea-ice-watch-womens-st-bk-s-p-09-stone-13307537
Alhamdulillah... rezeki yang Allah bagi memang tak disangka-sangka..
BalasPadamWalaupunkakcikbukan menulis kerana nama.. tapi makchaq selalu taip nama kakcik bila nak baca blog.. dari blog kakcik merayap pulak ke blogorang lain..
Alhamdulillah.
PadamTerima kasih makchaq kerana masih sudi datang membaca blog kakcik ini... :)
Cantik jam tu mak. Alhamdulillah...rezeki.
BalasPadamAlhamdulillah. Sebelum ini pun mak ada terima hadiah jam tangan dari pejabat, adik dan anak... Semuanya masih tersimpan rapi... :)
PadamWaahhh Alhamdulillah dgn rezekiNYA kan Kakcik
BalasPadamSyukur sangat-sangat. Alhamdulillah... :)
Padamrezeki kakcik dpt jam mahal tu
BalasPadamSyukur kepada Allah SWT... :)
Padamalhamdulillah, tahniah kakcik, samalah ana pun menulis untuk perkongsian yang mungkin bermafaat buat orang lain, in shaa allah .
BalasPadamMudah2an sedikit sebanyak ada manfaat dari apa yang kita kongsikan... :)
PadamTahniah. Rezeki tak diduga tu, Kakcik. Lepas ni kalau berposing bolehlah tayang jam di tangan ^_^
BalasPadamMasalahnya, kakcik selalu lupa nak pakai jam...hehehe
Padamalhamdulillah... niat yang baik dan ikhlas sememangnya tiada pengharapan. dibalas rezeki berlipat kali oleh Allah walaupun atas asbab yang dipandang kecil. perkongsian bermanfaat tak perlu dihebah tetapi dicari... tahniah kak cik.
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamTerima kasih Cahaya. :)
Wah rezeki yg tidak disangka sangka tu tu KC.....dah rasmikan ke belum jam tu....
BalasPadamDahhhhh... sampai anak pun hairan sebab selalu tu maknya tak suka pakai jam... :)
Padam