Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 20 Februari 2016

Kalaulah bekasnya boleh dimakan...

...mungkin sudah kumakan tanpa bersisa...
Nasi putih dan ayam paprik (bawang yang lebih dari isi ayam) = RM10.60 termasuk GST.
Beli untuk anak bongsu sipemakan nasi sementara aku suami-isteri membeli 'barang dapur'
yang sudah kehabisan stok.  Beli barang dapur pun boleh buat aku sakit jantung. Hanya
sesuku troli barangan yang memang diperlukan, sudah RM250.00 terbang...
Beli dua dengan anggaran awal aku sangkakan
paling mahal pun hanya RM15.00 (untuk 2 bungkus)...

14 ulasan:

  1. Sangat mahal.. terlalu mahal.. nangis saya tengok amaun tu kakcik.. :(

    BalasPadam
  2. anak saya kata, makan di KL lebih mahal dari penang...

    BalasPadam
  3. mahalnya kakcik kan, disini pun terkesan jugak dek harga barangan ni

    BalasPadam
  4. Mahai sangat tu kakcik... lain kali x payah dah pi kedai tu..

    BalasPadam
  5. Di tempat kami pun gitu Kakcik. Semua barang naik harga.

    BalasPadam

  6. kalau kat tempat saya ni..lbh kurang rm3-4 ja kakcik..

    BalasPadam
  7. sekali tu jerlah klau saya nak beli kat situ..

    BalasPadam
  8. As-salam kakcik..

    Serba serbinya mahal sekrang ni.. kalau berbelanja tak pernahnya terkurang dari apa yg kita bajetkan.. mesti semuanya over bajet.. macam nasi paprik kakcik tu.. memang terperanjat dengan harganya.. mahal betul..

    BalasPadam
  9. Tulah KC, barang mmg mahal sekarang ni. Rm200 tu mcm tak bernilai apa. Peniaga mcm ambik kesempatan jer nak naikkan harga ek.

    Kita ni, mahal mahal pun tetap kena membeli jugak. Susah betul nak memboikot.

    BalasPadam
  10. RM10 macam tu aje ... memanglah terasa mahal. Tambah dengan GST, memang mengalirlah air mata lepas membayarnya. Tapi nak buat macamanakan, Kakcik. Kalau tak nak bayar, tak boleh makan pulak!

    Sekarang ni memang terasa-rasa harga segala barang semakin mahal. Keluarga saya empat orang aje tapi belanja barang dapur macam ni memang tak pernah kurang dari RM500.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com