Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 Februari 2016

Jalan-jalan ke Hutan Lipur Pangsun, Hulu Langat...

...sambil berangan dan terkenang-kenang...

Jalan masuk yang sunyi dengan kehijauan di kiri kanan...
Pintu masuk ke Gunung Nuang (sayang tulisannya sudah tidak kelihatan)...
...tenang dan damai...
...perkampungan yang sunyi...
...atas nama pembangunan (?)...
...aliran air sungai yang menggamit untuk bermandi-manda...
...namun kerana aku hanya berdua dengan suami, lain kali sahajalah...
...pondok untuk disewa...
...teringat sewaktu aku merakam gambar berlatarbelakangkan sungai di Pahalgam, Kashmir...
...amboiiii besarnya mata!...
...terima kasih kepada suamiku yang tak jemu membawa aku 'bersiar-siar' di hujung minggu setelah sepanjang hari bekerja, aku hanya terperap di rumah sahaja...

Kalah hero Hindustan!

Bahasa apakah?
Tapi aku faham maksudnya:
JOM KITA KE MASJID
HIDUP BERKAT
REZEKI BERTAMBAH

28 ulasan:

  1. Nampak air dia bersih sangat kakcik
    Mandilah kakcik berdua apa salahnya:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih seronok kalau anak menantu cucu ada bersama atau dengan adik-beradik, siap bawa bekal untuk berkelah... :)

      Padam
  2. Abg Bob sado! hahaha
    Saya selalu baca pasal Gunung Nuang ni...tempat orang hiking jugak kan kakcik kat situ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...sado nan boroi!

      Gunung Nuang selalunya untuk orang suka mendaki. Anak kedua kakcik pernah mendaki GN sewaktu masih bersekolah dulu...

      Padam
  3. Bahasa Ibunda saya tu kak..Bahasa Minang...
    Seronok nya disitu..tenang dan nyaman kan kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat tenang dan mendamaikan...
      Betullah blogger Akak kata Bahasa Minang. :)

      Padam
  4. cantik nya kakcik... air terjun tuh pun tenang je... msti damai je rasa dpt berkelah situ...

    sesekali nampak abg sado kakcik nampak ngambik gambo ke apa tuh...

    BalasPadam
  5. Di Hulu Langat ni ramai orang minang kakcik..
    Tu yg byk tulisan bahasa minang..

    Bila dibaca tadi .. Moh Kito Gi sjuik.. teringat pulak arwah abah..
    Itu lah kata2nya mengajak ke masjid..

    BalasPadam
  6. KC....uniform abg tu dah mcm boleh terjun sungai tu tau hihi...
    Saya tak pernah sampai sini lagi KC. Memang nampak damai sungguh, hijau redup mata memandang. Mcm tak ramai orang jer ek...

    Bahasa minang kot tu...tergeliat lidah mak nak nyobut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawasan kakcik ambil gambar tu memang takde orang, tu sebab sakan je kakcik nak posing...kalau tak segan juga... :)

      Padam
  7. sewa pondok tu? maksudnya kalao kita pergi sana, memang ada orang jaga pondok tu yea? macam best jer tengok air terjun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak nampak orang yang jaga, tapi kawasannya memang nampak bersih. Ada nombor telefon tertera untuk dihubungi...

      Padam
  8. assalam mak! saya dah berkurun tak ke sungai mak..huhuuu..

    BalasPadam
  9. tak pernah sampai ... rasanye ade 11 tahun kot tak pi ke sg ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila hujung minggu, suami bawa kakcik meronda melihat keindahan alam dan ke mana-mana sahaja yang dia terfikir nak bawa...itu yang boleh sampai ke tempat ini... :)

      Padam
  10. Best Kakcik jika sekeluarga berkelah. Waktu berkelah bersama-sama anak telah mula hilang sikit demi sikit. Anak-anak dah tak nak ikut. Kalau ikut pun hanya untuk mengambil hati kami ibubapa...sayu saya bila dikenangkan tetapi itulah kehidupan...semuanya berubah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... dan kerana itu jugalah kakcik suami isteri ke sana sini berdua bila anak2 tak mahu ikut bersama. Andainya suami pun tak mahu bawa isteri, hidup menjadi benar2 sepi...

      Padam
  11. lamanya tak ke sana ... bertuah dapat suami sebgitu

    BalasPadam
  12. Hehehe...sebenarnya kami tak merancang nak mandi-manda. Tak bawa pakaian salin pun. Lagipun dah tengahari...:)

    BalasPadam
  13. gunung nuang tempat saya selalu hiking, bila turun mesti nak lepak rendam kaki tepi air terjun tu

    BalasPadam
  14. salam alaik .. lama dil xpg pangsun ni..dekat je dgn umh mak mertua kat semenyih...smoga ada rezeki balik mesia boleh ke situ lagi..

    BalasPadam
  15. Lama tak pergi ke kawasan ni. Sesekali ke tempat macam ni, lapang sikit rasa fikiran. Untung Kakcik ada suami yang rajin bawa jalan-jalan.

    Saya pun faham sikit-sikit maksud ayat di atas. Itu pun main agak-agaklah, nampak macam sama aje maksudnya!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com