Kawan-kawan kakcik

Selasa, 16 Februari 2016

Aku menulis bukan kerana nama...

Hahaha... tajuk bukan main.  Kononlah bukan kerana nama sebab dah bertahun-tahun menulis masih tak berupaya menarik perhatian sesiapa. Cuba kalau tiba-tiba jadi terkenal sekelip mata, silap-silap sudah tak sedar diri sendiri siapa!  Pantang 'tercuit' terus sahaja nak tunjuk sombong.  Tak boleh ditegur dan tak boleh dipertikaikan lagi...  

Sebenarnya, aku hendak bercerita saja.  Aku ni kan, bila pergi ke mana-mana atau makan di mana-mana, kalau aku suka, aku akan tulis tentang tempat itu.  Pemilik tempat itu pun tak tahu bahawa aku menulis tentang tempat mereka.  Iyalah, aku bukan blogger popular yang boleh meminta-minta untuk dibayar atau dijemput untuk menulis.  Aku masih sedar diri...

Kalau akhirnya ada yang tahu tentang apa yang aku tulis, tak mengapalah.  Jarang sekali aku menulis yang 'tidak-tidak' pun.  Jadi, aku tak takut apa-apa. Hanya aku berharap bila aku tulis yang baik-baik, akan jadi pendorong untuk orang lain singgah di tempat berkenaan.  Itu sahaja.

Baru-baru ini aku menerima hadiah berupa seutas (atau sebuah?) jam tangan. Hadiah yang aku tak pernah sangka akan menerimanya. Aku pun tak tahu atas sebab apa aku dihadiahkan jam yang agak mahal bagiku ini. Memang aku ada menulis tentang 'perniagaan' pemberi hadiah ini sama ada di blog sunyiku ini dan juga di lama Trip Advisor.  Tulisanku itu pun bukan ramai yang membacanya. Mungkin mereka menjumpai tulisanku itu atau hanya atas dasar 'menjalin persahabatan'. Wallahhuaklam.  Apa-apa pun aku sangat bersyukur dengan rezeki ini.  Syukur pada Ilahi dan terima kasih kepada yang memberi.  Semoga perniagaan anda akan terus berkembang maju lagi.  Aamiin...


Ice Watch Swarovski

33 ulasan:

  1. alhamdulillah mak..sapa sangka kan rezeki yang tak dijangka dari satu benda yang kiter tak harap kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar. Bila Allah hendak turunkan rezeki, pelbagai caranya... Alhamdulillah. :)

      Padam
  2. Wow....kakcik review restoren / hotel apa tu? Dpt jam cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...

      Sebuah tempat milik 'orang kita'... :)

      Padam
  3. alhamdulillah. rezeki yang tak disangka kakchik

    BalasPadam
  4. tahniah ... berkat keikhlasan dalam menulis tu kan ...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...biarpun kakcik rasa sumbangan kakcik kecil jer..tp pada mereka sgt berharga kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur pada Allah... Dia yang menentukan rezeki kita... :)

      Padam
  6. Itulah kakcik keikhlasan hati sukar ditafsir hatta diri kita sendiri
    Tapi Allah melihat walau tanpa niat apa pun di hati kakcik, ini dikira ganjaran (rezeki solat dhuha tu kakcik). Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita terlalu mengharap dan harapan itu tinggal harapan, kita mungkin rasa kecewa. Jadi, tinggalkan segalanya kepada Allah kerana Dia yang lebih berhak menentukan... :)

      Padam
  7. Alhamdulillah rezeki tak diduga.. datangnya pulak dari pelbagai bentuk.. ;)

    BalasPadam
  8. Wah cantik dan mahal tu kakcik..rezeki

    BalasPadam
  9. wah alhamdulillahh rezeki tu kakcik
    pernah tengok jugak jam ni kat fb
    mmg mahal giler kalau bandingkan dgn duit kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kakcik dah semak harganya. Bukan tak ikhlas menerima, tapi sekadar ingin tahu... :)

      http://www.11street.my/productdetail/macyskorea-ice-watch-womens-st-bk-s-p-09-stone-13307537

      Padam
  10. Alhamdulillah... rezeki yang Allah bagi memang tak disangka-sangka..

    Walaupunkakcikbukan menulis kerana nama.. tapi makchaq selalu taip nama kakcik bila nak baca blog.. dari blog kakcik merayap pulak ke blogorang lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.

      Terima kasih makchaq kerana masih sudi datang membaca blog kakcik ini... :)

      Padam
  11. Cantik jam tu mak. Alhamdulillah...rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sebelum ini pun mak ada terima hadiah jam tangan dari pejabat, adik dan anak... Semuanya masih tersimpan rapi... :)

      Padam
  12. Waahhh Alhamdulillah dgn rezekiNYA kan Kakcik

    BalasPadam
  13. alhamdulillah, tahniah kakcik, samalah ana pun menulis untuk perkongsian yang mungkin bermafaat buat orang lain, in shaa allah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an sedikit sebanyak ada manfaat dari apa yang kita kongsikan... :)

      Padam
  14. Tahniah. Rezeki tak diduga tu, Kakcik. Lepas ni kalau berposing bolehlah tayang jam di tangan ^_^

    BalasPadam
  15. alhamdulillah... niat yang baik dan ikhlas sememangnya tiada pengharapan. dibalas rezeki berlipat kali oleh Allah walaupun atas asbab yang dipandang kecil. perkongsian bermanfaat tak perlu dihebah tetapi dicari... tahniah kak cik.

    BalasPadam
  16. Wah rezeki yg tidak disangka sangka tu tu KC.....dah rasmikan ke belum jam tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahhhhh... sampai anak pun hairan sebab selalu tu maknya tak suka pakai jam... :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com