Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 September 2015

Tiba-tiba teringin nak makan 'cincin bawang' (onion ring)...

...masalahnya, nak buat sendiri kerajinan itu belum tiba.  Tak mengapalah, simpan dulu resepi di sini.  Nanti bila Pn Rajin datang, kita cuba buat...

Resepi di ambil dari sini : http://www.kongsiresepi.com/read/8245/0/

Bahan- bahannya :

3 biji bawang besar holland dipotong bulat
8 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gula halus
garam dan lada hitam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk cili
150ml air sejuk
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-caranya :

Masukkan kesemua bahan (kecuali bawang dan minyak masak) ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
Simpan ke dalam peti sejuk untuk setengah jam.
Panaskan minyak.
Celupkan bawang ke dalam adunan tepung sejuk tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan.
Sedia untuk dimakan bersama sos dan mayonis.

Gambar dari : http://bonnieplants.com/cooking/onion-rings/

Resepinya lagi ringkas :

Ingredients

  • 3 large onions, sliced into rings
  • 1 cup self-rising flour
  • 1 egg, beaten
  • ½ cup milk
  • ¼ cup water
  • 1 tablespoon vegetable oil
  • ¾ teaspoon salt
  • Vegetable oil for deep-frying

Instructions

Soak the onion rings in a bowl of ice water for 30 minutes; drain well. Combine the flour, egg, milk, water, oil and salt in a bowl and mix well. Dip each onion ring in the batter and fry in hot oil until golden brown.

17 ulasan:

  1. cepat2 la datang mood rajin tu ya kakcik..

    BalasPadam
  2. Sedapnya....saya pun suka makan onion ring, alahai buat air liur meleleh je bila bayangkan.

    BalasPadam
  3. Oh... gitu buatnya ye kakcik
    Nak cuba jugalah:)

    BalasPadam
  4. Mudah nak buatnya kak cik tapi kalau beli mahal kemain...

    BalasPadam
  5. ooo saya tak makan ni mak..saya suka calamari hihihii

    BalasPadam
  6. bt sndiri lg puas hati kan kakcik... nyum2

    BalasPadam
  7. Entah bila kali terakhirnya makannya KC .....kalau adanya pun kat AnW jer rasanya....
    Padahal senang jerkan buatnya KC....cuma tulah kena tunggu Puan Rajin hihi

    BalasPadam
  8. nampak macam sedap juga... boleh lah cuba nie

    BalasPadam
  9. kak teringat a&w punya onion ring.....:)

    BalasPadam
  10. Nanti nak cuba buat juga. Terima kasih KakCik.

    BalasPadam
  11. Eyda pernah cuba tapi tak pandai nk makan...xkena dgn tekak..tp tgk org mkn sedap sgt..

    BalasPadam
  12. klu rajin mai update ye nk tgk jug onion ring kak cik

    BalasPadam
  13. memang terasa jimatnya kalau rajin buat sendiri.

    BalasPadam
  14. buat sendiri memang boleh dapat banyak.....tang malas nak bagi banyak supaya rajin tu yang tak tau bila....

    BalasPadam
  15. Dah datang ke belum Pn Rajin tu kak he he

    BalasPadam
  16. alamak kak cik, ana pula dah teringin ni aduhai :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com