Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 September 2015

Larangan memotong kuku dan rambut apabila masuk bulan Zulhijjah sekiranya sudah berniat melakukan qurban...

Artikel asal di : http://www.ustazcyber.com/2015/09/anda-sudah-niat-kurban-tahun-ini-jangan.html


Oleh: Badrul Tamam

Alhamdulillah, segala puji milik Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, keluarga dan para sahabat Baginda. 

Bagi siapa yang sudah berniat untuk melakukan ibadah qurban, dilarang mencukur rambutnya dan memotong kukunya sejak memasuki awal Zulhijjah sehingga dia menyembelih haiwan qurbannya. Oleh itu sebelum masuk Zulhijjah segeralah mencukur rambut atau memotong kuku. 

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallaahu 'Anhu, Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda,

 إِذَا رَأَيْتُمْ هِلَالَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِه 
“Apabila kalian melihat hilal Zulhijjah dan salah seorang kalian ingin berqurban, maka hendaknya dia menahan rambut dan kuku-kukunya (yakni tidak memotongnya,).” (HR. Muslim) 

Dalam redaksi lain, 

فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ 
“Apabila sudah nampak hilal Zulhijjah maka janganlah ia mengambil (mencukur) dari rambut dan kukunya sedikitpun sehingga ia menyembelih haiwan qurbannya.” (HR. Muslim) 

Imam Muslim meletakkan dua hadis di atas di bawah bab:

 بَاب نَهْيِ مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِ عَشْرُ ذِي الْحِجَّةِ وَهُوَ مُرِيدُ التَّضْحِيَةِ أَنْ يَأْخُذَ مِنْ شَعْرِهِ أَوْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا 
“Bab larangan bagi orang yang sudah berada di Zulhijjah dan ia ingin berqurban memotong dari rambut dan kukunya sedikitpun.” 

Hal ini menunjukkan bahawa jika sudah masuk sepuluh hari pertama Zulhijjah dan seseorang sudah ada niat berqurban, dia dilarang mengambil sedikitpun dari rambut, kuku, dan kulit luarnya sampai dia menyembelih haiwan qurbannya. Dan jika dia memiliki beberapa haiwan qurban, maka larangan ini gugur setelah melakukan penyembelihan yang pertama (Ahadis ‘Asyr Dzilhijjah wa Ayyama Tasyriq, Syaikh Abdullah bin Shalih al-Fauzan, hal. 5) 

Larangannya haram atau makruh? 

Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum rinci atas larangan ini bagi orang yang ingin berqurban ketika sudah memasuki sepuluh hari pertama Zulhijjah, antara haram dan makruh. 

Sa’id bin Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq, Dawud, dan sebagian pengikut imam Syafi’e berpendapat, diharamkan baginya mengambil sesuatu dari rambut dan kukunya sehingga dia menyembelih haiwan qurbannya pada hari penyembelihan. 

Imam Malik, Syafi’e, dan sebagian sahabatnya yang lain berpendapat, dimakruhkan –dengan makruh tanzih- bukan diharamkan. Kesimpulan ini didasarkan kepada hadis Aisyah, 

“Dahulu aku memintal tali-tali untuk dikalungkan pada unta Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam, kemudian beliau mengalungkannya dan mengirimkannya. Sementara tidak diharamkan atas beliau apa yang telah dihalalkan Allah hingga beliau menyembelih qurbannya.” (HR. Bukhari dan Muslim) 

Mereka mengatakan, para ulama bersepakat bahwa ia tidak diharamkan memakai pakaian dan wewangian seperti diharamkan atas orang yang sedang ihram. Ini menunjukkan suatu anjuran bukan kewajiban. Kerananya Imam Syafi’e berpendapat larangan ini tidak menunjukkan keharaman. Sementara  hadis-hadis larangan dibawa kepada makna makruh tanzih. 

Maksud larangan memotong kuku dan rambut 

Maksud larangan memotong kuku adalah larangan menghilangkannya dengan penyepit kuku, mematahkannya, atau dengan cara lainnya. Sedangkan larangan memangkas rambut adalah menghilangkannya (mengambilnya) dengan mencukur, memendekkan, mancabut, atau cara lainnya. Rambut di sini mencakup bulu ketiak, kumis, kemaluan, dan rambut kepala serta bulu-bulu lain di badannya. 

Ibrahim al-Marwazi dan selainnya berkata, 

“Hukum semua anggota badan seperti hukum rambut dan kuku, dalilnya dalam riwayat Muslim yang lain, 
فَلَا يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا 
“Janganlah dia memotong sedikitpun dari rambut dan kulit luarnya.” (HR. Muslim, dinukil dari syarah Shahih Muslim milik Imam al-Nawawi) 

Kepada siapa larangan ditujukan 

Larangan ini khusus ditujukan kepada orang yang akan berqurban, berdasarkan sabda Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam, “Dan ingin berkorban…” tidak meluas kepada isteri dan anak-anak apabila mereka disertakan dalam niat berqurban tadi. Sedangkan orang yang menyembelih untuk orang lain kerana wasiat atau perwakilan, tidak termasuk yang dilarang untuk memotong kuku, rambut, atau kulitnya. Karena haiwan korban itu bukan miliknya. 

Sementara wanita yang ingin berqurban lalu mewakilkan haiwan qurbannya kepada orang lain kerana ingin memotong rambutnya, maka tidak diperbolehkan. Kerana hukum tersebut terkait dengan peribadi yang berqurban, baik dia mewakilkan kepada yang lainnya ataukah tidak. Sedangkan orang yang mewakilinya tidak terkena khitab larangan tersebut. Larangan ini khusus ditujukan kepada orang yang akan berqurban.

Apa hikmahnya? 

Hikmah larangan di atas, sebagaimana disebutkan Imam Al-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim, agar seluruh bahagian tubuh mendapatkan jaminan terbebas dari api neraka. Ada juga yang berpendapat, agar menyerupai orang-orang yang sedang ihram. Akan tetapi pendapat ini perlu diperbetulkan, kerana ia tidak menjauhi wanita, tidak meninggalkan memakai minyak wangi dan baju serta selainnya yang ditinggalkan orang yang sedang ihram. 

Hikmahnya: agar seluruh bagian tubuh mendapatkan jaminan terbebas dari api neraka. Niat berqurban muncul bukan sejak awal Zulhijjah. Bagi orang yang telah memotong kukunya atau memangkas rambutnya pada awal Zulhijjah karena tidak ada niat untuk berqurban, maka tidak mengapa. Kemudian keinginan itu muncul di pertengahan sepuluh hari pertama (misalnya pada tanggal 4 Zulhijjah), maka sejak hari itulah dia harus manahan diri dari memotong rambut atau kukunya. Bagaimana kalau terpaksa? Orang yang sangat terdesak untuk memotong sebagian kuku atau rambut kerana akan membahayakan, seperti pecahnya kuku atau adanya luka di kepala yang menuntut untuk dipangkas, maka tidak apa-apa. Kerana orang yang berqurban tidaklah lebih daripada orang yang berihram yang pada saat sakit atau terluka kepalanya dibolehkan untuk memangkasnya. Hanya saja bagi yang berihram terkena fidyah, sementara orang yang berqurban tidak. 

Bolehkah keramas (mandi dengan membasahkan/membasuh rambut)? 

Dalam mandi hadas besar atau keramas biasanya ada beberapa helai rambut yang akan gugur dan terbawa bersama air, bagaimanakah ini? Laki-laki dan perempuan yang ingin berkorban tidak dilarang untuk keramas pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, walaupun akan ada satu, dua, atau lebih helai rambutnya yang gugur. Kerana larangan Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam tersebut bagi yang sengaja memotong atau memangkas rambutnya dan juga karena orang berihram tetap dibolehkan untuk membasahi rambutnya. Larangan tersebut bagi yang sengaja memotong atau memangkas rambutnya. 

Ya Allah limpahkan kebaikan-Mu kepada kami. Liputi kami dengan rahmat dan maghfirah-Mu. Jangan jadikan dosa-dosa kami sebagai penghalang atas pahala dan ampunan-Mu. Jangan Engkau telantarkan kami karena keburukan dan aib kami. Ampunlah kami, Ya Allah, dan ampuni dosa kedua orang tua kami serta seluruh kaum muslimin. Semoga shalawat dan salam terlimpah kepada baginda Rasulillah, keluarga, dan para sahabatnya. Aamiin.

12 ulasan:

  1. Terima kasih kakcik atas peringatan ini .. kena ingat kan en suami sebab dia berkorban tahun ni.. tahun lepas anak2 yg berkorban...

    BalasPadam
  2. info yang bagus ..... inshaaAllah boleh dijadikan panduan jika Allah bukakan rezeki saya untuk melakukan korban di masa hadapan

    BalasPadam
  3. terika kasih kak kongsi fakta.syukur.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... memang kena diingatkan pada yg lupa kakcik
    Insya-Allah kakak sebab tiap tahun buat jadi ingat. Apa lagi abang kan tukang sembelih dia kena ingatkan setiap org yg mahu buat qurban.

    BalasPadam
  5. terima kasih atas perkongsian yg berguna ni..

    BalasPadam
  6. satu perkongsian yang baik dan pertlu diketahui semua orang yg beniat melakukan qurban

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  8. uncle setuju dengan majoriti komen2 entri kali ini...

    'Terima kaseh'

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com