Pagi ini aku ke hospital lagi. Tak tertahan dengan sakit lutut. Padahal 2/7 lepas aku sudah berjumpa dengan doktor dan menerima rawatan.
Sebaik masuk dan menyatakan sakit, doktor itu berkata 'cuti sakit lamalah kali ini, ya?'
Aku diamkan sahaja walaupun dalam hati berkata 'cuti sakit apanya?'
Selepas menerima rawatan, sekali lagi doktor berkata 'cuti sakit sampai raya, ya?'
Lantas sahaja aku menjawab 'saya dah bersaralah, doktor'...
Terus doktor itu berkata 'ohhhh... saya ingat masih bekerja'.
Sahlah doktor ini dijangkiti sindrom 'lupa' atau sindrom 'ramainya orang minta cuti sakit sebab dah nak raya'! Padahal belum pun sampai sepuluh hari lepas aku berjumpa dengannya dan dia maklum yang aku hanya seorang surirumah. Pembantunya pun masih ingat yang aku ini tidak bekerja...
Hmmmm... kepada yang berjumpa dengan doktor semata-mata untuk mendapatkan cuti sakit walaupun tak sakit, ingat-ingatlah apakah nilainya puasa kita (sekiranya berpuasa lah) itu.
HEHEE...doktor mesti sangka mak muda lagi & masih bekerja. ;)
BalasPadamAwet muda kakcik...fewwittt..
BalasPadamSmoga cepat sembuh mak.
BalasPadamBaguslah tu, Kakcik. Itu tandanya awet muda, tak nampak pun macam pesara :)
BalasPadamkakcik nampak awet muda...doktor pun xsangka kakcik dah bersara...
BalasPadamsemoga cepat sembuh kakcik..
Mak nampak muda x rupa seorang pesara pun..
BalasPadamUbat apa doc bg mak? Ubat mkn je ke? Sejak bila mak sakit lutut? Lutut saya sakit dh dkt sebulan. Nk bgn duduk sujud mencangkung smua sakit
Mak rasa bukan sbb nampak muda tp pakaian mak macam orang nk pergi kerja. Dr kata mungkin sakit lutut msk berkaitan dengan gout...
Padammoga akak cepat sembuh
BalasPadamMoga sakit yang dialami segera beransur ye..
BalasPadamTulah, saya pun nak kata. doktor ingat akak masih muda. Boleh mintak petua ni...hehe
BalasPadam