Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Julai 2015

Jangan pandang rupanya yang comot...

...tapi pandanglah kepada perut yang menerima.
Yang gembira bila kekosongannya diisi.
Walaupun mungkin ada yang mencebik,
namun perut dan nafsu yang lapar tetap
perlu dikenyangkan.

Bagaimana pula dengan jiwa kita?
Apakah kerana Quran yang terletak
di rak itu sudah buruk, maka kita rasa
kita tak boleh membacanya? Lalu
kita biarkan jiwa kita kosong tanpa
rasa berdosa.  Maka senanglah iblis
datang menggoda.

Bagaimana pula dengan ibubapa kita?
Apakah kerana mereka sudah tua dan tidak
bergaya, maka kita pinggirkan mereka.
Lupakah kita pada dakapan mereka pada
satu ketika?  Saat sakit pening kita dulu
merekalah yang kita cari.  Tapi hanya
kerana alasan-alasan basi, mereka kita
tak pedulikan lagi...

Fikirkanlah!

9 ulasan:

  1. salam kenal kakcik...
    kadang2 rupa yang comot tu lebih cantik isinya berbanding rupa yg cantik tp isi dalamnya sangat la x elok kan..

    BalasPadam
  2. Biarlah tak cantik tapi dalamannya dijaga baik..

    BalasPadam
  3. Salam mak.. Roti canai tetap menarii pd mara saya. Mkn panas2 sedap.

    Kita ni selalu tgk luaran kan mak. Kdg2 kita abai sesuatu yg wajib kita sanjung dek krn keiinginan hati yg leka dek pujukan duniawi.

    Ibu bapa .. Lusuh atau selekehnya mereka kita tetap wajib agungkan . Lusuh baju mereka kita ceriakan beli kan yg baru. Lusih dan x bermaya mereka kita jdkan ceria dgn selalu gembirakan mereka.

    BalasPadam
  4. saya suka makan roti canai koyak sendiri dan colek kuah lalu masukkan dalam perut. sebelah kanan mau ada radix atau ali cafe 0 pulak.

    tapi saya pun sebenarnya dah lama tak pekena roti canai....

    BalasPadam
  5. Kakcik pasal mak pak yang belai dokong kita ni leh leleh air mata. Naik keta pun takde aircond zaman tu..

    BalasPadam
  6. betul3x kak chik... jangan pandang pada rupa kulit buku tersebut lihat dahulu isinya....

    BalasPadam
  7. jnji kenyang asal rupa comot... biar pun buruk alquran tuh tp tgk lah isi nya

    mana ada org tak syg mak pak kakcik... biarlah mahal mana pun tol ke minyak ke... ttp jgk nk jenguk mereka

    BalasPadam
  8. Jangan dilihat pada rupa luaran sahaja. Yang di dalam tu yang lebih penting.

    Selagi ada emak ayah, haruslah diingat-ingat selalu. Bila dah takda nanti, rindu dendam macamana sekalipun takda berguna lagi!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com