Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Julai 2015

Kopi luwak (tahi musang) bukan lagi kopi termahal...

...sebaliknya sekarang sudah ada kopi tahi gajah yang merupakan kopi termahal di dunia...

Gambar dan artikel asal dari : KOSMO

Di satu kawasan berbukit-bukit yang subur di utara Thailand, seorang wanita sedang leka mengasingkan biji kopi dari timbunan najis gajah.


Proses pengasingan biji kopi itu merupakan sebahagian daripada kerja-kerja untuk menghasilkan minuman yang dianggap termahal di dunia.

Terletak di bahagian pedalaman, Thailand yang bersempadanan dengan Myanmar dan Laos lebih dikenali sebagai lokasi penyeludupan dadah berbanding penghasilan kopi.

Namun, seorang pengusaha kopi warga Kanada, Blake Dinkin, 44, mengambil keputusan untuk menjalankan urus niaga yang sah di kawasan itu.

“Apabila saya menjelaskan mengenai projek ini kepada penggembala gajah, saya tahu bahawa mereka akan menganggap saya gila.

“Namun, kopi yang terhasil dari saluran penghadaman gajah dapat menghasilkan minuman yang mewah kepada para pencinta kopi,” kata Dinkin yang merupakan pengasas jenama Black Ivory Coffee.

Dia menggunakan sistem pencernaan gajah untuk menghasilkan biji kopi yang berkualiti dan bernilai tinggi.
Pada mulanya, dia hanya mempertimbangkan hasrat untuk menggunakan musang luwak bagi menghasilkan kopi dengan mengutip biji-biji kopi dari najis haiwan tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan permintaan terhadap kopi menerusi najis musang itu semakin meningkat di Asia Tenggara selepas ramai pengusaha dari Thailand, Indonesia dan Vietnam menceburi bidang tersebut, kualiti produk itu semakin berkurangan.


“Saya pernah menimbang hasrat untuk menggunakan singa dan zirafah sebagai mencerna kopi tetapi memilih gajah kerana haiwan ini memakan kopi pada musim kemarau di Asia Tenggara,” katanya.

Dia juga bekerjasama dengan persatuan kebajikan penyelamat gajah dengan menyelamatkan makhluk itu daripada dijadikan haiwan untuk tujuan pelancongan.

Namun, menghasilkan kopi daripada najis binatang berbadan besar dan berkulit tebal itu adalah lebih sukar daripada yang dijangkakan.

“Saya fikir, ia akan menjadi mudah dengan memberikan gajah tersebut memakan biji kopi dan ia akan mengeluarkan kopi yang hebat.

“Keputusan awal yang saya terima amat dahsyat kerana ia langsung tidak boleh diminum.
“Saya mengambil masa selama sembilan tahun untuk merealisasikan impian ini,” katanya.
Menurutnya, enzim dalam perut gajah berfungsi sebagai sebuah periuk masak. Secara perlahan-lahan, biji kopi yang dimakan oleh gajah itu akan diperap bersama herba-herba dan buah-buahan lain yang dimakan haiwan tersebut.

Kehilangan

“Proses penghadaman itu mengambil masa lebih daripada 17 jam dan asid pencernaan akan menghilangkan sedikit rasa kepahitan pada biji kopi tersebut.

“Saya kehilangan banyak biji kopi ketika gajah itu mandi. Kadang-kadang gajah akan membuang air besar di dalam sungai ketika mandi,” jelasnya.

Para isteri penggembala akan mengumpul biji kopi dari najis gajah itu sebelum membasuh dan dikeringkan di bawah sinaran matahari.

Untuk menghasilkan satu kilogram (kg) kopi, seekor gajah perlu memakan sekitar 33kg biji kopi bersama makanan yang lain seperti pisang dan tebu.

Proses untuk menghasilkan kopi yang sukar dan rasa berbeza itu telah menyebabkan harga produk tersebut menjadi mahal dalam pasaran.

 
 Pada tuaian ketiga tahun ini, Black Ivory Coffee menghasilkan 150kg kopi yang berharga sekitar AS$1,880 (RM7,009) sekilogram manakala secawan kopi itu pula berharga AS$13 (RM48).

Biarpun harganya begitu mahal, ia tetap mendapat permintaan daripada pelanggan-pelanggan yang meminati minuman kopi ini.

Dalam tempoh terdekat, kopi keluaran Black Ivory Coffee akan memasuki pasaran-pasaran mewah di bandar Paris, Perancis; Zurich, Switzerland; Copenhagen, Denmark dan Moscow, Rusia.

Namun, buat masa ini ia hanya dijual secara eksklusif di hotel-hotel mewah di Asia seperti di Thailand, Singapura dan Hong Kong.

Sementara itu, John Roberts iaitu pengarah yayasan yang bertanggungjawab menyelamatkan gajah daripada dipergunakan dalam industri pelancongan di Bangkok pada mulanya berasa ragu-ragu untuk memberikan gajah memakan biji kopi.

“Kafein tidak keluar dari biji kopi sehingga ia dimasak dan ia sesuai untuk dimakan oleh haiwan tersebut,” ujarnya.

Di samping itu, keluarga penggembala gajah juga akan dibayar untuk mengumpul biji kopi dari najis gajah itu. Lapan peratus hasil harga jualan kopi itu akan didermakan kepada yayasan tersebut bagi membantu untuk membayar kos rawatan veterinar untuk haiwan tersebut.

Hotel Antara di Chaing Saen, Thailand turut menyediakan minuman kopi itu kepada para tetamunya dengan menggunakan mesin bancuhan kopi abad ke-19 dari Perancis.

“Kopi ini mempunyai satu rasa yang unik dan ia tidak pahit langsung,” kata pelancong dari Jerman, Barbara Schautz. – AFP

Biarlah mahal macam mana pun, bagi percuma pun rasanya aku tak akan meminumnya...

13 ulasan:

  1. Betul kakcik.. memang taklah nak cuba meminumnya..

    BalasPadam
  2. kopi luwak tu pun tak lalu nk telan ... ni kan pulak udah keluar dr bontot gajah kakcik oi...
    bg 1 juta utk minum pun org takmo lah

    BalasPadam
  3. ooo...macam tu rupanya kopi tu dihasil kan..tak lalu nak minum bila dah tahu..tak tahu selama ni pun tak pernah minum,dah tahu lagi la tak minum..hahah..kalau orang islam tak boleh minum la kopi ni..kan??

    BalasPadam
  4. Kiranya bukan senang nak dapatkan hasilnya kan kakcik
    Macam dia kata kalau gajah tu berak di sungai habislah kopinya hihi...

    BalasPadam
  5. alamak.. kopi yang kita minum skrang macam mana =O

    BalasPadam
  6. Kopi Luwak . ..bagi saya rasa ok..ok...A jer. Mungkin kena minum banyak kopi lain utk banding beza.

    BalasPadam
  7. ya ampon....tak sanggup nak minum kalau kopi dari buangan gajah
    kopi luwak pernah try minum masa dekat bali, tak sedap pon kak....uhukkkkk

    BalasPadam
  8. Ikut hukum Islam NABI lah ianya dikira haram

    Tapi la ni haram jadi halal & sebaliknya berlaku

    Tuh pun kiamat tak sampai2 gak

    Penat den nunggu nya. Sob

    BalasPadam
  9. Tak rasa nak cuba. Kenapalah ada juga yang minum dan percaya benda macam ni kan akak.

    BalasPadam
  10. yan pernah baca satu artikel..mengatakan kopi luwak haram diminum oleh orang islam...inikan kopi gajah..sama juga kan asalnya dari najis...

    huhu tak sanggup nak minum..

    BalasPadam
  11. BERNAMA - Lembaga Tabung Haji Kekal Tanggung Kos 47 Peratus Bagi Setiap Jemaah - http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1157507

    Vaksin babi = kopi luwak = najis

    So wat per p Haji skrg?
    Sibuk nak dpt glrn hj?

    X p hj pun dah dpt pahla hj bila ada niat tp dihlng dgn pelbagai perkara esp dipaksa ambk vaksin khinzir

    Ke US ke kita lbh afdl

    Msfr mcm Arab India Muslim dulu

    Sehingga myng goyang kt hindu now jd Muslim miut liut nya

    Doa msfr sgt mustajab

    Lbh atas drpd insan teraniya & doa mak bpk

    Wonder why

    Dengan msfr blh tingkat lg iman kt & slmt kfr omputih cun drpd trs sesat

    All the best hj n hjh sekelian

    Jgn kemaruk dpt maudud plk

    N blk hj SEMAKIN bngst sft nya berbndg sblm gi mekah

    BalasPadam
  12. Oh, tidak! Tidaklah saya terliur nak merasa kopi ni. Mahal ke murah ke, percuma ke, saya tetap tidak akan mencuba :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com