bila berada di persimpangan
dan kau pula paling di hadapan
kau lihat isyarat yang mengelirukan
janganlah tergesa-gesa membuat keputusam
jika pun kau mahu segera meneruskan perjalanan
isyarat hijau itu mungkin sekadar umpan
bila kau redah tanpa panduan
mungkin sahaja kau akan kemalangan
bila pula kau terlalu berhemah
konon berhenti kerana ada isyarat merah
orang belakangmu akan marah-marah
lalu di persimpangan kau mungkin akan berbalah
gunakan segala deria yang ada
perhatikan keadaan sekeliling dengan sebaiknya
barulah tetap akan kau ikut isyarat yang mana
destinasi yang kau tuju akan pasti arahnya
adoi keliru nie
BalasPadamsaya pernah melihat satu kemalangan. masa tu saya agak salah seorang dari mereka langgar lampu merah.
BalasPadamtapi sekarang ini saya terfikir pula, mungkin traffic light ni ada satu ketika akan semuanya hijau, maka masa ini berlaku kemalangan yang mana masing massing mengatakan mereka betul.
boleh baca catatan saya di sini...
http://hujan-petang.blogspot.com/2011/01/salah-lampu-merah.html
Pitam kalau selalu begini..
BalasPadam???????merah hijau 2 2 sekali nyala..parah ni...
BalasPadamEh! boleh keliru ni kakcik. Kalau kakak sah-sah takut nak jalan.
BalasPadamMacam manalah boleh jadi macam tu?
masa ni la kena ikut kata hati yg waras....kena guna segala deria yg berfungsi :)
BalasPadamKena menggunakan logik akal bila jadi macam ni.. sekurang-kurangnya takde yang 'cedera' atas tindakan kita.. ;)
BalasPadamBerhati2 laa dan berfikir bila membuat keputusan..
BalasPadamhehehe celaru identiti ni Kak Cik hehe..
BalasPadampernah alami keadaan ni
BalasPadamBerpinar mata si pemandu kalau dalam situasi macam ni. Sakit leher dok terteleng tengok kiri dan kanan. Pemandu sekarang ni kalau lampu isyarat baru nak tukar warna hijau dan kita masih terkial tak jalan lagi pun dah kena honk marah-marah. Lembab katanya...
BalasPadam